Perbandingan Honor 4X Dan Redmi Note 4G

Honor Malaysia, baru sahaja mengumumkan phablet pertama mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Honor 4X. Di atas kertas, ia kelihatan hampir sama dengan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 4G. Keduanya berkongsi skrin IPS 5.5-inci HD, 2GB RAM & 8 GB storan dalaman, serta kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP.

Di sini, kami bandingkan kedua-dua telefon Honor 4X dan Xiaomi Redmi Note 4G secara ringkas.

Perbandingan-Honor-4X-dan-Redmi-Note-4G-edit2Dari jadual di atas, ia sama seperti yang kami nyatakan lebih awal. Honor 4X dan Redmi Note 4G berkongsi saiz skrin dan resolusi yang sama. Tetapi Honor 4X mempunyai badan yang lebih kecil serta lebih ringan berbanding Redmi Note.

Di bawah ini kami bandingkan Honor 4X dan Redmi Note 4G secara fizikal. Kedua-dua telefon ini mempunyai hadapan berwarna hitam dan bahagian penutup belakang berwarna putih sepenuhnya. Satu kekurangan penting pada Honor 4X ialah, tiga butang Recent Apps, Home & Back di bawah skrin, tidak mempunyai lampu belakang. Jadi agak sukar menekannya di dalam gelap. Redmi Note 4G mempunyai lampu belakang untuk ketiga-tiga butang ini.Dalam gambar ini, kami posisikan Honor 4X di sebelah kiri atau atas, manakala Redmi Note 4G di sebelah kanan atau bawah.

Honor4X vs RedmiNote4G - depan Honor4X vs RedmiNote4G - belakangHonor4X vs RedmiNote4G - atasHonor4X vs RedmiNote4G - bawahHonor4X vs RedmiNote4G - kananHonor4X vs RedmiNote4G - kiriHonor4X vs RedmiNote4G - depan skrin onHonor4X vs RedmiNote4G - depan UIHonor4X vs RedmiNote4G - depan about

 

Kini kami bandingkan pula prestasi Honor 4X dan Redmi Note 4G menggunakan aplikasi ujian benchmark iaitu Antutu, 3DMark IceStorm Extreme & Geekbench 3.

Benchmark Honor4X-2Benchmark Honor 4X dari kiri: Antutu, 3DMark IceStorm Extreme & Geekbench 3

Benchmark RedmiNote4G-2Benchmark Redmi Note 4G dari kiri: Antutu, 3DMark IceStorm Extreme & Geekbench 3

Jelas Honor 4X mendapat markah lebih tinggi dari Redmi Note 4G dalam semua ujian Antutu, 3DMark dan Geekbench yang kami jalankan. Boleh dikatakan, penggunaan CPU yang lebih baru dengan keupayaan 64-bit membantu prestasi Honor 4X menjadi lebih baik.

 

Bateri Test Geekbench 3 Honor4X RedmiNote4Gujian bateri Geekbench 3: kiri Honor 4X & kanan Redmi Note 4G

Dari segi ketahanan bateri pula, kami menggunakan ujian bateri yang terdapat pada Geekbench 3, dan ia menunjukkan kedua-dua telefon ini mempunyai masa bertahan yang hampir sama, tetapi dengan markah berbeza. Ini menandakan, Honor 4X boleh memproses lebih banyak data dengan penggunaan bateri yang sama seperti Redmi Note 4G. Secara kapasiti, Honor 4X sedikit kecil iaitu 3000mAh berbanding Redmi Note 4G 3100mAh.

Jadi, inilah dia laporan kami yang membentangkan perbezaan antara Honor 4X dan Redmi Note 4G secara ringkas. Redmi Note 4G telah dijual di Malaysia sejak Disember lepas dan kini berharga RM625. Manakala Honor 4X baru dilancarkan bulan ini dan akan dijual pada harga lebih rendah, iaitu RM619.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: