Pelancaran 11street Malaysia meriah dengan kehadiran Lee Minho

11street, pusat membeli-belah e-dagang dalam talian terkenal di Korea, kini dengan rasminya dibuka di Malaysia. Majlis pelancaran besar-besaran platform beli-belah dalam talian ini dibuat di pusat membeli-belah Nu Sentral dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa.

Majlis pelancaran 11Street di Malaysia disempurnakan oleh CEO 11street Malaysia, Hoseok Kim sambil disaksikan oleh Duta Republik Korea ke Malaysia, Cho Byungjae. Acara pelancaran ini diserikan lagi dengan kehadiran pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho yang turut disertai pelakon dari Malaysia sendiri, Emily Chan yang dikenali melalui wataknya sebagai “Mimi” dalam filem “Kaki Kitai”.

 

Emily Chan (kiri) dan Lee Minho (kanan) di pelancaran 11streetdari kiri: Emily Chan, Hoseok Kim dan Lee Minho

Lee Minho dan juga Emily Chan telah dilantik sebagai duta rasmi 11Street di Malaysia. Kedua-dua orang personaliti itu hadir dan beramah-mesra dengan orang ramai dan para peminat. Lee Minho yang sememangnya sangat diminati oleh peminat wanita di Malaysia, turut menandatangani autograf untuk beberapa orang pemenang peraduan yang bertuah.

11street di Malaysia dihoskan oleh Celcom Planet Sdn Bhd (Celcom Planet) yang ditubuhkan pada November 2014. Celcom Planet merupakan usaha sama di antara Celcom Axiata Berhad dan peneraju pasaran e-dagang dalam talian di Korea, SK Planet Ltd. Celcom Planet bertanggungjawab melancarkan portal perkhidmatan jual beli dalam talian pertamanya, 11Street di pasaran Malaysia.

11street merupakan pasaran dalam talian yang mudah dan cuba untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian di kalangan pengguna, dengan menjadikannya lebih peribadi dan terhubung. Ia menawarkan pelbagai jenis produk pada harga yang kompetitif. 11street juga mengoptimumkan pasaran kerana ekosistem perdagangan, pendidikan dan program latihannya mampu menyokong para peniaga tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.11street.my

 

kerjasama-skplanet-celcom

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: