OnePlus dengan rasminya dijual di Malaysia

Akhirnya, selepas setahun pelancaran antarabangsa OnePlus One, ia mula dijual di Malaysia. Hari ini, dengan rasminya OnePlus One boleh didapati di Malaysia. Ia dijual secara ekslusif oleh Maxis, dengan tawaran melalui plan kontrak mereka, ataupun membeli telefon sahaja tanpa kontrak.

Malaysia adalah negara pertama menjual telefon pintar OnePlus One di kedai, dan juga tanpa jemputan. Sebelum ini, OnePlus One mempunyai sistem jualan yang unik. Ia hanya boleh dibeli jika pembeli menerima jemputan serta di stor dalam talian OnePlus sahaja.

Jadi, bermula hari ini, pembeli di Malaysia boleh mula mendapatkan telefon pintar yang digelar pembunuh peranti utama 2014, di semua cawangan Maxis di seluruh Malaysia. Hanya satu model, iaitu versi 64GB dengan warna Sandstone Black boleh didapati, dengan harga jualan RM1199 (tidak termasuk GST 6%). Maxis turut menawarkannya pada harga RM859, dengan mengambil plan MaxisONE beserta kontrak 2 tahun. Layari lamanweb Maxis OnePlus untuk maklumat lanjut.

Menyingkap kembali kisah lama, OnePlus adalah telefon pintar dengan skrin HD Penuh berukuran 5.5-inci. Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 801 4-teras bekelajuan 2.5GHz, dengan 3GB RAM. Kamera belakangnya menggunakan sensor Sony IMX214 13MP manakala kamera hadapan 5MP. Baterinya pula berkapasiti 3100mAh dan ia menyokong data mudahalih 4G-LTE..

Jika anda pengguna Forum OnePlus, anda pasti tahu terdapat hadiah menarik menanti pembeli OnePlus One di Malaysia. Jangan lupa, OnePlus turut membuat acara perjumpaan peminat, di Menara Maxis pada hari Jumaat ini, 24 April 2015, jam 3 petang. Tetapi perjumpaan peminat ini sangat terhad. Hanya 80 orang akan dijemput ke acara ini. Maklumat lanjut untuk menyertai perjumpaan peminat ini boleh didapati di sini.

[Sumber]

oneplus-surface-neversettle

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: