Mi4i tiba di India dan akan tiba di Malaysia segera

Dalam satu upacara luarbiasa pertama kali dilakukan Xiaomi, Hugo Barra yang mengambil pentas utama hampir sepanjang masa di upacara pelancaran ‘i’ di India tadi, telah melancarkan dan memperkenalkan telefon pintar Mi4i, yang disasarkan untuk pasaran global di luar China.

Seperti yang dijangkakan sebelum ini, Mi4i adalah telefon dengan rekabentuk yang berbeza dari Mi4. Dari luar dapat dilihat, badannya diperbuat dari plastik, tidak seperti bingkai besi yang digunakan Mi4. Malah, tak salah kami katakan ia kelihatan hampir serupa dengan Redmi 2 yang baru tiba di Malaysia.

xiaomi live stream 006 skrin tahan lasak

Walaupun ia adalah versi penurunan berbanding Mi4, badan Mi4i lebih nipis dengan ketebalan hanya 7.8mm dan berat hanya 130 gram, berbeza dari Mi4 dengan tebal 8.9mm dan 149 gram berat.

Skrin pada Mi4i masih kekal dengan paparan IPS bersaiz 5-inci, pada resolusi HD Penuh 1920×1080, dengan kepadatan 441 ppi. Tetapi ia menggunakan kaca Corning Concore, dan menampilkan fungsi baru paparan dipanggil ‘Sunlight Display’.

xiaomi live stream 007 spec skrin mi4i

Di dalamnya, Hugo menerangkan Mi4i dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615 generasi ke-2. Ia menyokong arahan 64-bit dengan kelajuan 4-teras 1.7GHz serta 4-teras lagi 1.1GHz. Grafiknya pula digerakkan GPU Adreno 405. RAM pada Mi4i dikurangkan kepada 2GB dengan storan dalaman 16GB, dan ia masih kekal tiada slot memori luaran.

Mi4i juga dilengkapi bateri sebesar 3120mAh, yang dikatakan boleh bertahan lebih dari sehari, di samping menyokong teknologi pengecasan pantas Qualcomm. Mi4i turut menyokong dwi-sim 4G-LTE yang aktif sepanjang masa, sama seperti Redmi 2. Mi4i juga adalah peranti pertama Xiaomi didatangkan siap dengan Android 5.0 Lollipop.

xiaomi live stream 012 spec kamera

Kamera belakang pada Mi4i dilengkapi sensor Sony/Samsung 13MP, dengan apertur F2.0 serta dwi-tona LED Flash. Kamera hadapan pula 5MP dengan apertur F1.8. Secara keseluruhan, pakej kamera ada Mi4i adalah lebih baik dari apa yang ada pada Mi4.

Hugo Barra mengumumkan Mi4i akan mula dijual di India bermula 30 April 2015, pada harga Rs. 12,999 (~RM749). Lima warna tesedia untuk Mi4i iaitu biru, putih, hitam, kuning dan juga merah jambu. Hugo turut mengumumkan, Xiaomi akan mula menjual Mi4i di Malaysia, pada bulan Mei akan datang. Bulan Mei nanti pasti akan meriah dengan pelbagai pengumuman produk baru Xiaomi di Malaysia.

xiaomi live stream 019 spec dan harga mi4i

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: