Menjerit TIDAAAK bersama pelekat Lee Kwang Soo di LINE

Bersempena dengan pelancaran LINE Mileage, program mata ganjaran bagi setiap penggunaan mesej bersama rakan di LINE, yang boleh digunakan untuk ditebus dengan pelbagai hadiah menarik, LINE turut melancarkan satu set pelekat selebriti popular Korea, Lee Kwang Soo, yang telah dicipta dengan ciri-ciri tempatan khas untuk peminat di Malaysia. Pelekat ini boleh dimuat turun di LINE Sticker Shop bermula dari 23 April sehingga 6 Mei 2015.

LINE telah melancarkan pelekat LINE Lee Kwang Soo secara eksklusif, yang hanya boleh didapati di Malaysia. 300 Friendship Points (bersamaan dengan RM3) akan diberikan kepada 10,000 pengguna LINE yang menghantar paling banyak pelekat LINE Lee Kwang Soo.

send LINE to friend

LINE juga akan mengadakan acara menghantar pelekat LINE Lee Kwang Soo dari 23 April – 27 April untuk menghadiahkan mata tambahan LINE Mileage Friendship kepada pengguna. Untuk menjadi salah satu pemenang bertuah, pengguna perlu memuat turun set pelekat Lee Kwang Soo dan menghantar seberapa banyak stickers kepada rakan-rakan mereka.

10,000 pengguna yang menghantar paling banyak pelekat Lee Kwang Soo akan menerima 300 Friendship Points untuk dinikmati dengan pelbagai jenama gaya hidup mewah seperti Starbucks, Chatime, Zalora, Lazada dan banyak lagi, melalui program ganjaran LINE Mileage.

Pelekat LINE LKS

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: