Menangi tiket wayang Avengers: Age of Ultron Dolby Atmos

Peminat Avengers BERSATU! Tidak sampai beberapa hari lagi tayangan perdana yang menampilkan sepasukan Super Hero ini akan beraksi di layar perak. Malah, kami di TheSkop juga tidak sabar mahu menontonnya.

Melainkan anda duduk di dalam gua seperti peminat Manchester United & Liverpool beberapa hari lepas, anda pasti tahu filem Avengers: Age of Ultron adalah sekuel kepada siri filem Marvel yang paling berjaya. Pasti ramai yang tidak sabar mahu turut beraksi dengan kostum Super Hero Avengers semasa menonton filemnya nanti.

Tetapi, tunggu dulu. Kerana kami ada hadiah istimewa untuk anda pembaca setia TheSkop. Kami ingin memberikan anda peluang menonton filem Avengers: Age of Ultron ini secara percuma. Malah, ia bukan tayangan sebarangan. Kami menyediakan untuk anda, pawagam dengan kelengkapan Dolby Atmos yang terdapat di GSC 1 Utama. Sistem audionya memang mantap!

Terima kasih kepada Dolby, Rangkaian Mind Blow (merangkumi Theskop, SoyaCincau & TheHypedGeek) memiliki 40 pasang tiket tayangan perdana untuk diberikan kepada pembaca setia kami, yang mana akan bersiaran pada hari Sabtu ini, 25 April 2015 di GSC 1 Utama. Tetapi bagaimana pula anda boleh mendapatkan tiket percuma ini?

Caranya mudah sahaja, hanya jawab satu soalan mudah, kurang dari 20 patah perkataan.

Jika anda boleh menjadi Avenger, siapakah yang akan anda pilih & mengapa? (versi komik juga diterima)

Anda boleh menghantar jawapan, dengan mengisi borang DI SINI.

 

Mudah bukan? 40 penyertaan terbaik akan kami pilih, dan memenangi 2 keping tiket menonton Avengers: Age of Ultron pada hari Sabtu ini. Lekas, kerana peraduan ini akan ditutup pada 23 April 2015, jam 11.59 tengah malam. Pemenang akan kami hubungi melalui emel.

Diulangi, sila ingat maklumat penting di bawah ini:

Tarikh: 25 April 2015
Masa: 2.40 petang
Tempat: GSC 1 Utama, Petaling Jaya

 

Tetapi bukan ini saja. Jika anda sebagai pemenang tiket, hadir dengan memakai kostum Super Hero Avengers, anda akan menerima pop corn dan minuman percuma. Lebih baik lagi, jika anda terpilih sebagai pemakai kostum terbaik, anda akan memenangi bekalan tiket wayang Dolby Atmos selama SETAHUN! Tak tipu punya.

Tunggu apa lagi, isi borang penyertaan tu sekarang, sebelum tamat tempoh.‎

GSC Dolby Atmos Avengers AOU square

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: