Maxis turunkan harga pelan data Tablet Hotlink

Lagi pengumuman penurunan harga internet jalurlebar, kali ini oleh Maxis pula. Selepas TM menurunkan harga untuk pakej jalurlebar asas Streamyx, dan Celcom memperkenalkan FIRST Basic 38, kali ini Maxis pula mengumumkan penurunan harga untuk Pelan Tablet Hotlink.

Dengan harga baru ini, Pek SIM permulaan untuk Pelan Tablet Hotlink telah dikurangkan sebanyak 50%, dari RM60 kepada RM30, dengan data PERCUMA sebanyak 1GB, yang sah untuk 365 hari, melalui rangkaian 4G-LTE Maxis yang pantas dan luas di Malaysia.

harga baru pelan tablet Hotlink

Pelan baru ini juga mempunyai kadar penambahan data yang lebih murah. Pelanggan sedia ada dan yang baru membeli Pek SIM permulaan, hanya perlu membayar RM25 berbanding harga semasa sebanyak RM30 untuk tambahan data 1GB. Lebih baik lagi, tambahan data sebanyak 2GB hanya dicaj RM45 sahaja.

Pelanggan baru yang ingin melanggan pelan ini, hanya perlu membeli satu pek SIM yang disediakan khas di Pusat Maxis atau pengedar Hotlink yang terdekat. Manakala pelanggan sedia ada boleh terus menikmati kadar baru ini.

Pek SIM Permulaan Hotlink Tablet

Apabila pelanggan membeli dan mengaktifkan Pelan Tablet Hotlink, ia akan kekal aktif selama 365 hari walaupun kuota 1GB telah digunakan sepenuhnya. Keaktifan kuota tambahan pula akan mengikuti tarikh terakhir yang sedia ada, yang mana lebih kemudian.

Pelanggan juga tidak dikenakan caj sekiranya mereka telah melebihi kuota, tetapi akan dapat terus mengakses Internet apabila pas baru dibeli. Pas Internet Tablet boleh dibeli melalui Hotlink RED App, yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Store. Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Tablet Hotlink, sila layari http://www.hotlink.com.my/en/plans/hotlink-tablet-plan.html

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: