Masalah setoran selesai dengan peranti ini

Masalah biasa bagi pengguna iPhone sudah pasti berkaitan kapasiti memori yang tidak mencukupi untuk menampung rakaman foto dan fail lain yang bertambah. Sebab itu, produk seperti Seagate Wireless sangat bersesuaian bukan saja sebagai penyimpan tetapi mesin backup kepada pengguna.

Nasib baik, Seagate Wireless dengan kapasiti 500GB ini juga boleh dipadankan dengan peranti Android atau Wireless. Mengikut Seagate, ia sesuai untuk stream video HD pada tablet Android anda juga.

Menariknya, Seagate Wireless datang dengan pelbagai pilihan warna iaitu hijau, biru, kelabu, merah dan putih.

Apa yang boleh dilakukan dengan 500GB? Boleh dikatakan cukup untuk menyimpan 200 filem HD. Kemudian anda boleh stream dari Seagate Wireless terus ke telefon atau tablet anda tanpa masalah.

Ia boleh diakses dengan aplikasi Seagate Media yang boleh dimuat turun untuk iOS, Android, Kindle Fire HD dan Windows 8. Kemudian anda sambungkannya menggunakan wifi. Malah, anda boleh streamnya ke skrin TV pintar buatan Samsung, LG dan pemain Roku.

Harga baru Seagate Wireless ini ialah RM459.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: