Jabra Move yang trendy kini bersalut emas

Seiring dengan perubahan trend masa kini, pengeluar set alat pendengaran berstatus global, Jabra memperkenalkan warna baru untuk produk audio tanpa wayar mereka, Jabra Move Wireless. Jabra Move Wireless yang telah sedia ada dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan merah, kini menerima keluarga baru dengan ketibaan warna emas. Warna emas pada peranti dan gajet kini amat popular, terutama di kalangan penduduk Asia.

Jabra Move Gold lifestyle

Jabra ingin memenuhi kehendak pengguna menerusi produk yang bukan sahaja mantap dari segi prestasi audio dan rekaan, malah turut tampil bergaya dengan cita rasa fesyen terunggul. Sebagai salah satu peranti digital yang penting dalam kehidupan harian pengguna masa kini, gaya penampilan set alat pendengaran kini memikul peranan signifikan yang membezakan serta mencerminkan personaliti si pemakaianya.

tiga warna jabra move

Jabra Move Wireless dalam warna emas kini boleh didapati di semua pengedar produk Jabra seperti IT Hypermarket Sdn Bhd, epicentre, Machines, Radioshack dan Viewnet Computer Systems. Untuk maklumat lanjut tentang produk Jabra, sila layari laman web Jabra Malaysia.

Baca juga test produk kami tentang Jabra Move Wireless ini di sini: http://theskop.com/2014/11/test-produk-jabra-move-wireless/

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: