Ikuti pelancaran Xiaomi secara langsung melalui strim video

Esok, adalah hari di mana Xiaomi akan membuat pelancaran telefon pintar baru, pertama kali seumpamanya di luar China. Sebelum ini, semua telefon pintar baru Xiaomi dilancarkan hanya di China, sebelum beberapa produk terpilih mula dijual di luar China.

Pelancaran ini akan dibuat di Siri Fort Auditorium, Asian Games Village Complex di New Delhi, India. Dijangkakan, ia akan bermula pada jam 3.30 petang waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia), pada hari esok, Khamis 23 April 2015. Pasukan Theskop akan berada di tempat kejadian untuk membuat laporan secara langsung, terus dari India. Jadi, pastikan anda mengikut kami di Facebook dan juga Twitter @Theskop.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke New Delhi, anda masih dapat bersama mengikuti pelancaran ini secara langsung. Xiaomi akan menayangkan strim video majlis pelancaran ini secara langsung, yang boleh diakses melalui lamanweb mereka di www.mi.com untuk tontonan semua.

Pelancaran yang pertama kali dibuat di luar China ini, dijangka adalah produk yang akan terus dipasarkan secara global. Oleh itu, ia berpeluang dijual di Malaysia secepat mungkin. Berbeza dengan pelancaran mana-mana produk Xiaomi di China, yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan, ataupun selama-lamanya untuk tiba di Malaysia.

Dijangkakan Xiaomi akan melancarkan Mi4i, telefon yang seakan sama dengan Mi4, tetapi berbeza dalamannya serta mungkin luarannya. Xiaomi telah memberi beberapa gambaran petunjuk di Facebook Mi Malaysia sejak beberapa hari lepas. Anda boleh turut sama memikirkan kaitannya dengan melihat gambar di bawah ini.

 

iDisagress 01 - looks the same iDisagress 02 - bigger batt bigger phoneiDisagress 03 - crafted the sameiDisagress 04 - feels the sameiDisagress 05 - holds the same

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: