HyppTV kini dimana-mana bersama Digi

Penyedia kandungan hiburan melalui IPTV, HyppTV bersama-sama dengan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan kerjasama untuk menawarkan perkhidmatan mudah alih HyppTV, iaitu HyppTV Everywhere, kepada pelanggan Digi. Dengan ini, pelanggan Digi akan boleh menikmati kandungan menarik HyppTV melalui peranti mudah alih dan memilih untuk membayar langganan tersebut melalui bil Digi mereka, selain pilihan pembayaran lain.

Kerjasama ini telah dirasmikan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM bersama Christian Thrane, Ketua Pegawai Pemasaran Digi pada satu acara yang diadakan di Paradigm Mall, Kelana Jaya. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengarah dan barisan selebriti daripada drama bersiri terbaru HyppTV, ‘BIB’ iaitu Shah Iskandar, Ika Nabila dan Reza Hasbi, yang turut bersama dalam sesi bertemu peminat dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.

pelancaran Hypptv digi bersama pelakon BiB

HyppTV Everywhere adalah aplikasi mudah alih perkhidmatan HyppTV, di mana HyppTV boleh didapati melalui perkhidmatan UniFi dan Streamyx. Ia menawarkan pelbagai kandungan hiburan, termasuk yang belum pernah ditonton serta saluran-saluran unik. Pelanggan boleh menonton kandungan yang disediakan HyppTV melalui peranti Android, iOS ataupun terus dari komputer melalui lamanweb HyppTV Everywhere di www.tm.com.my/hypptv/everywhere untuk versi Web TV.

Pelanggan Digi sedia ada tidak akan dikenakan sebarang caj data apabila menonton saluran HyppTV Everywhere, bermula sekarang hingga 30 Jun 2015. Selain itu, pengguna kali pertama dari kalangan pelanggan Digi turut berpeluang menikmati percubaan percuma selama tujuh (7) hari. Pada penghujung tempoh percubaan tersebut, mereka mempunyai pilihan untuk melanggan sama ada secara ala carte atau memilih pakej HyppTV Everywhere pada harga istimewa untuk pelanggan Digi, dari serendah RM10 sebulan.

Pelanggan Digi dengan langganan minima satu (1) pakej HyppTV Everywhere turut berpeluang memenangi pengalaman eksklusif bersama pelakon Shah Iskandar. Pemenang berpeluang untuk memilih di antara pakej penerbangan, ATV/quad-biking, kelas masakan persendirian atau menjadi juruterbang selama sehari. Promosi bermula dari 13 April 2015 dan akan berakhir pada 13 Mei 2015.

beberapa saluran hypptv untuk digi

Antara saluran-saluran yang boleh dinikmati oleh pelanggan Digi termasuklah saluran percuma seperti Channel NewsAsia, Euronews dan Bloomberg TV serta saluran premium seperti Al Jazeera, MUTV, HyppSports HD, Discovery Kids, TVB8, Nick Jr, Warner TV, Comedy Central HD dan FOX Football Channel HD. Turut ditawarkan ialah saluran-saluran sukan dan filem dalam bentuk Video On Demand (VOD).

Sebagai promosi pengenalan, semua pelanggan Digi dapat menikmati pakej-pakej istimewa HyppTV Everywhere dengan harga istimewa seperti berikut:

Pakej Khas HyppTV Everywhere untuk DiGi

 

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial HyppTV di  Facebook HyppWorldTwitter HyppWorld, Instagram HyppWorld dan Youtube TM Official. Untuk senarai penuh saluran-saluran HyppTV dan senarai harga eksklusif untuk pelanggan Digi, layari http://digi.my/hypptv.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: