Honor Malaysia sambut ulangtahun pertama bersama peminat

 

Honor Malaysia hari ini menyambut ulangtahun pertamanya, dalam satu sambutan meriah yang dibuat di Symphony Lake, KLCC. Turut sama meraikan sambutan ulangtahun ini ialah 250 peminat yang menerima jemputan khas dari Honor Malaysia sendiri. Lebih menarik lagi, Honor Malaysia turut melancarkan dua model baru telefon pintar, iaitu Honor 6 Plus & Honor 4C.

Dalam acara ini, hadirin dapat mencuba sendiri kehebatan kamera Honor 6 Plus, yang mempunyai fungsi ‘bokeh’, iaitu fokus yang berbeza dalam gambar. Fungsi ‘bokeh’ pada Honor 6 Plus, boleh diubah tahap fokusnya, selepas gambar diambil. Ini kerana Honor 6 Plus mempunyai dua kamera, yang merakam gambar pada kedalaman fokus yang berbeza.

image

Dua kamera Honor 6 Plus juga boleh mengambil gambar waktu malam dengan lebih baik. Satu kamera akan mengambil gambar dengan pendedahan selama 1/4 saat, dan satu lagi mengambil gambar dengan pendedahan sepantas 1/15 saat. Pemproses gambar akan menggabungkan dua gambar ini dan menghasilkan gambar malam yang sempurna.

image

Di samping acara pelancaran ini, Honor Malaysia turut menyambutnya bersama rakaniaga lain. Contohnya, pembeli produk Honor di Vmall.my, boleh membuat bayaran melalui sistem MOL, ataupun secara tunai. Acara sambutan ini juga turut dipancarkan secara langsung di beberapa cawangan Chatime, serta oleh Google Malaysia sendiri.

Honor Malaysia akan mula menjual Honor 6 Plus pada harga RM1399 & Honor 4C berharga RM529, pada jualan terhad jam 3.08 petang, 29 April 2015.

image

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: