EXO EXODUS pecah rekod Asia di Spotify

Spotify, penyedia perkhidmatan penstriman lagu dalam talian yang popular, hari ini mengumumkan kumpulan penyanyi pop Korea-China yang super popular, EXO telah mencecah hampir setengah juta strim lagu pada hari pertama album terbaru mereka dilancarkan. Album EXODUS telah sekian lama dinantikan peminat EXO di seluruh dunia dan kelihatan menjadi hit sebaik saja tiba di pasaran.

Dengan pencapaian ini, EXO telah memecahkan rekod strim lagu tertinggi pada hari pertama pelancaran album, oleh penyanyi dari Asia di Spotify. Sebelum ini, rekod tertinggi ini dipegang oleh penyanyi pop popular dai Taiwan, iaitu Jay Chou semasa pelancaran Album barunya, 哎呦,不錯哦 (Aiyo, Not Bad), pada bulan Disember 2014.

Lebih menarik lagi, Malaysia adalah negara ke-3 pendengar strim album EXODUS terbanyak di dunia, melalui Spotify. Lain-lain negara yang turut banyak mendengar album terbaru EXODUS ini di Spotify adalah Amerika Syarikat, Filipina, United Kingdom, Singapura, Sweden, Kanada, Australia, Hong Kong dan Brazil.

Jika anda berminat untuk mendengar sendiri album terbaru EXO yang berjudul EXODUS ini di Spotify, boleh ikuti EXO sendiri di sini, ataupun terus ke Album EXODUS di sini.

Spotify EXO EXODUS 01Spotify EXO EXODUS 02Spotify EXO EXODUS 03

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: