Epson menyambut ulangtahun ke-40 di tangga pertama projektor global

Epson telah menyambut ulangtahun ke-40 mereka tahun ini, dengan merangkul anugerah jenama projektor no satu di dunia, selama 14-tahun berturut-turut. Ini membuktikan keunggulan Epson dalam menghasilkan projektor bagi pengguna dan juga perniagaan.

Laporan bagi tahun 2014 ini dikeluarkan oleh firma penyelidikan pasaran bagi projektor, iaitu syarikat Futuresource Consulting. Selama 14 tahun ini, Epson telah menunjukkan peningkatan dalam pegangan pasaran dunia, dari tahun ke tahun, yang menyaksikan peningkatan ke 29.4% pegangan pasaran, berbanding 28.1% pada tahun 2013. Boleh dikatakan, hampir setiap 1 dari 3 projektor yang terjual pada tahun 2014, adalah dari jenama Epson.

EPSON_product_history_chart

Futuresource Consulting turut melaporkan, Epson telah mencapai satu lagi pencapaian pada tahun 2015, apabila berjaya mengekalkan kedudukan no 1 dalam pegangan pasaran Projektor Pawagam Rumah (Home Cinema Projector) selama 10 tahun berturut-turut. Epson memegang kedudukan ini pertama kali pada tahun 2005, dan kekal pada posisi ini selama satu dekad dan mencatat pegangan pasaran sebanyak 36.3% pada tahun 2014.

Epson mendedikasikan pencapaian ini kepada teknologi 3LCD mereka, yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1989. Pancaran 3LCD memberikan gambar yang lebih cerah dan asli serta kurang kebisingan atau kehilangan warna. 3LCD juga lebih mesra pandangan dan kurang memenatkan mata untuk tontonan jangka panjang, kerana ia menggunakan 3 panel cecair kristal berbeza untuk menghasilkan imej secara berterusan merentasi semua warna.

EHTW8200

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: