Celcom tawar pelan FIRST Basic 38 dengan 3GB data

Selaras dengan pengumuman penurunan harga internet jalur lebar yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Celcom melancarkan pakej asas plan FIRST mereka, FIRST Basic 38 dengan bayaran bulanan serendah RM38 sahaja sebulan.

Plan Celcom FIRST Basic 38 ini adalah pelan semua-dalam-satu, merangkumi data internet dengan kuota 3GB, 50 minit panggilan dan juga 50 sms untuk kegunaan sebulan. Pelan ini turut menawarkan pengguna Wifi celcom sebanyak 3GB. Ianya adalah pelan dengan kuota internet berkelajuan pantas 3GB termurah di pasaran kini.

Celcom First basic 38 plan

Tetapi, tawaran ini hanya untuk waktu terhad sahaja. Pelan FIRST Basic 38 ini sebenarnya datang dengan kuota 2GB sahaja. Walaubagaimanapun, Celcom menyatakan tawaran 3GB ini akan kekal sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Jika anda berminat, haruslah segera melanggannya sebelum Celcom mengubah fikiran mereka.

Lebih menarik lagi, pelan FIRST Basic 38 ini membolehkan mana-mana data yang tidak digunakan, dibawa ke bulan hadapan. Sehingga 3GB data terkumpul boleh dibawa ke depan, jika tidak digunakan. Jadi, jika anda sudah mengumpulkan 3GB data tidak terguna, bulan depannya anda boleh menggunakan sehingga 6GB data berkelajuan tinggi, dengan bayaran yang sama.

Celcom FIRST Basic topup data

Jika anda telah habis menggunakan kuota internet, sms dan panggilan yang diberi, anda tetap boleh menggunakan talian anda dengan caj tambahan setiap pengguna 15sen/minit untuk panggilan dan 15sen untuk setiap SMS. Data pula boleh ditambah dengan dari serendah RM3 untuk 100MB, Rm15 untuk 1GB ataupun RM50 untuk 5GB.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan ini, layari lamanweb Celcom FIRST Basic 38.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: