Cabaran berganda Honor 6 Plus tidaklah mencabar

Kerana rahsianya sudah terbongkar, Honor Malaysia lantas membuka cabaran kepada mereka yang berani, untuk membeli telefon misteri ini. Honor Malaysia telah memaparkan di lamanweb mereka, www.Vmall.my tentang cabaran yang dipanggil ‘DOUBLE THE DARE‘ (cabaran Berganda).

Laman khas DOUBLE THE DARE ini boleh diakses terus di sini. Di laman ini, dipamerkan satu kotak hitam dengan banyak lubang disisinya. Dari lubang ini, anda boleh mengintai telefon misteri yang disimpan di dalamnya. Lubang berlainan akan memberikan sisi telefon yang berlainan, dari depan, tepi belakang, atas dan bawah.

DOUBLE_THE_DARE

Cabaran dari Honor Malaysia ialah, beranikah anda meletakkan deposit RM100 untuk membeli telefon misteri ini? Ia hanya akan diumumkan pada 28 April 2015. Jika anda berani, dan dengan sedikit tuah, anda boleh memenangi peluang beli satu telefon misteri dan dapat satu Honor Tablet percuma. Bagaimanapun, tawaran beli 1 percuma 1 ini hanya jika aturan belian anda terletak pada nombor dua digit yang sama, seperti 11, 22, 33 dan seterusnya. Bagaimanapun, tempahan perlu dibuat segera kerana ia akan ditutup pada jam 12 tengah malam 28 April 2015.

Anda perlu membayar deposit RM100 sebelum dikira membuat tempahan. Jika anda berjaya mendapatkan aturan dua digit yang sama, anda akan menerima kupon Honor Code, yang boleh digunakan untuk membeli telefon misteri ini dan mendapat Tablet Honor percuma. Terma dan syarat lebih lengkap boleh dibaca di sini.

Anda sebenarnya bernasib baik, kerana mengunjungi TheSkop. Ini kerana kami telah membongkar telefon misteri ini, di mana ianya adalah Honor 6 Plus, phablet 5.5-inci dengan spesifikasi hebat. Perkara misteri yang tinggal pada kami, adalah harganya. Seperti yang dikatakan, keunikan Honor 6 Plus ialah dua kamera belakangnya, yang merakam gambar dengan kedalaman berbeza, dan membolehkan fokus gambar diubah selepas gambar diambil. Contohnya di bawah ini, gambar yang sama dengan fokus berbeza.

Honor 6 Plus - gambar fokus 01 Honor 6 Plus - gambar fokus 02

 

Di bawah ini kami berikan lebih banyak gambar terbocor yang sempat kami larikan dahulu. Pasti ianya lebih mudah untuk anda membuat keputusan, kerana tidak perlu lagi berada dalam kegelapan kerana tidak tahu apakah telefon yang akan dibeli dengan deposit RM100 nanti. Jika anda berminat dengan Honor 6 Plus dan berpuas hati dengan laporan kami ini, boleh terus meletakkan deposit dan berdoa agar tuah menyebelahi anda, untuk mendapat Honor Tablet secara percuma.

Honor 6 Plus - spec Honor 6 Plus - aboutHonor 6 Plus - sisi slot sim memoriHonor 6 Plus - dua kamera belakangHonor 6 Plus - speaker di bawah

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: