Apa Xiaomi nak lancar hari ini?


Hari ini Xiaomi akan mengadakan satu majlis di New Delhi, India yang mana akan mendedahkan ‘Global Mi Phone’ di sini. Berdasarkan syarikat dari Tembok Besar China itu, mereka sudah memberikan beberapa klu-klu produk apa yang bakal dilancarkan nanti.

Mengikut khabar angin, ada yang mengatakan Redmi Note 2 yang akan dilancarkan., namun yang lebih ‘meniup kuat’ adalah kemunculan Mi4i.

Lebih meyakinkan, jika kita imbas kembali klu yang diberikan Xiaomi lebih menekankan huruf ‘i’ di dalam setiap iklan serta promosi.

Mi4i sepatutnya akan dijual lebih murah berbanding Mi4, yang merupakan telefon ‘flagship’ dihasilkan Xiaomi tahun lalu.

Mi4i dikhabarkan dibina menggunakan plastik dan kaca, berbanding Mi4 yang badannya terbina oleh besi serta paparan kaca.

Mi4i akan dilengkapi 2GB RAM, 16GB storan dalaman, 13MP kamera belakang dan 5MP kamera depan. Ia juga dilengkapi paparan 5 inci dengan resolusi 1080p serta dikuasakan dengan pemproses kelas pertengahan iaitu Snapdragon 615 lapan teras.

Harga pula dikatakan sekitar AS$209 (~RM720). Kami juga tidak dapat memastikan bilakah produk terbaru ini akan memasuki Malaysia.

Apapun, ini masih lagi menjadi teka-teki dan hanya akan dirungkaikan pada majlis perlancaran, 3 petang ini (waktu Malaysia 5.30 petang).

[Sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: