Android berkelakuan tidak senonoh dalam peta

Peta Google banyak memudahkan perjalanan. Apatah lagi ianya boleh didapati percuma, selagi mana anda mempunyai sambungan internet, dan boleh juga digunakan bukan sahaja untuk navigasi pemanduan, tetapi untuk panduan penggunaan pengangkutan awam seperti bas, keretapi dan juga kapal terbang.

Tetapi ada satu perkara yang suka dilakukan Google pada produk keluaran mereka, yang dipanggil Telur Easter (Easter Egg). Cuma, kali ini ia kelihatan seperti satu gurauan melampau dari biasa. Jauh di satu tempat di pendalaman Pakistan, terdapat satu ukiran berupa robot Android membuat siraman ke atas sebiji Epal yang telah digigit.

Android siram Epal

Dari peta Google Maps sendiri, lokasi gambar ini ialah di satu tempat bernama Shahpur, yang terletak tidak jauh dari selatan Islamabad, iaitu ibu negara Pakistan.

Kami pun tidak pasti apakah yang dilakukan Android ini, tetapi ini pastinya salah satu kerja yang dilakukan oleh orang dalaman Google, mungkin dari Google Pakistan sendiri (wujud ke?). Bagaimanapun, ia hanya boleh dilihat melalui mod peta, tidak pada mod gambar sebenar.

Android siram Epal peta sebenar

Kita terima dulu perkara ini sebagai satu gurauan dari Google, melainkan ada sesiapa yang terasa ianya adalah satu hasutan, maka bolehlah membuat aduan ke mana-mana pihak berwajib. Sementara itu, kalau anda mahu melihatnya sendiri, baik cepat. Ia boleh didapati terus di sini. Tetapi mungkin ia akan dipadam tidak lama lagi.

Tapi kami dah tolong simpankan untuk anda 🙂

[Sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: