Agenda tersembunyi dibongkar, Honor 6 Plus & Honor 4C muncul

Kini semakin jelas, agenda tersembunyi yang cuba dijalankan oleh Honor Malaysia ketika majlis sambutan ulangtahun pertama mereka telah terbongkar. Seperti yang dijangkakan, mereka akan turut melancarkan telefon pintar baru ketika majlis sambutan ini, tetapi bukan satu model, ianya adalah dua telefon pintar baru.

 

Honor 6 plus owl

Telefon pintar pertama, seperti yang diberitahu sebelum ini di sini, adalah Honor 6 Plus. Ianya akan menjadi telefon pintar paling berkuasa di bawah jenama Honor, yang akan tiba di Malaysia. Walaupun ia lebih berkuasa dari Honor 6 yang memang berkuasa tinggi jua, tetapi ia disasarkan kepada golongan yang berbeza. Honor 6 Plus mempunyai skrin 5.5-inci HD Penuh, dengan sokonga dwi-sim 4G serta paling hebat, dua kamera di belakang untuk merakam gambar dengan tahap kedalaman berbeza.

Honor 6 plus Dual camera

 

Model kedua pula yang diluar jangkaan kami, adalah Honor 4C. Model ini akan menggantikan telefon pertama Honor ke Malaysia, iaitu Honor 3C. honor 4C mengekalkan skrin 5-inci dengan resolusi HD 1280×720. Berdasarkan spesfikasi yang ditemui di Rusia, ia dikuasakan CPU baru, iaitu Kirin 620 8-teras berkelajuan 1.2GHz. Selain ini, ia masih kekal dilengkapi 2GB RAM dan juga 8GB storan dalaman.

Honor 4C depan belakang kamera

Honor 4C disenaraikan menyokong dwi-sim, tetapi mungkin tidak mempunyai 4G. Selain itu, Honor 4C mempunyai bateri lebih besar iaitu 2550mAh, berbanding 2300mAh pada Honor 3C. Di Rusian, Honor 4C dijual pada harga Ruble 8,990 (~RM609). Adakah mungkin Honor 4C dapat menggegarkan pasaran telefon pintar mampu milik, sepertimana yang dilakukan oleh Honor 3C?

honor-4c-colorful depan belakang

Jangan lupa, anda boleh turut sama menyertai majlis sambutan ulangtahun pertama Honor Malaysia ini, dengan menyertai pertandingan slogan kreatif oleh Honor Malaysia di sini. Kami dari TheSkop sudah pun menempah tempat kami dalam majlis ini. Jadi, kita jumpa di sana ya.

Jika anda menang jemputan itu laa~

[Sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: