Xiaomi umum produk baru di Malaysia

image

Xiaomi telah mengeluarkan jemputan kepada kami, untuk turut serta bersama mereka, terutama sekali bertemu Ketua Bahagian Produk Xiaomi Global di Malaysia, pada minggu hadapan, 11 Mac 2015. Jemputan itu dibuat dengan mesej, pengenalan produk baru Xiaomi di Malaysia.

Dari mesej ini, kami jangkakan produk yang akan diperkenalkan bukan lagi aksesori seperti powerbank atau earfon & kabel, tetapi sebuah telefon pintar. Di mana berkemungkinan besar, telefon yang bakal diperkenalkan adalah Redmi 2. Mungkin ramai berharap Mi Note segera sampai di Malaysia, tetapi masanya belum tiba lagi.

image

Redmi 2 telah dilancarkan awal tahun ini di China, menggantikan model Redmi yang sangat murah. Redmi yang baru ini dikuasakan CPU 64-bit dari Qualcomm, iaitu Snapdragon 410 4-teras berkelajuan 1.2GHz. Model awal yang dilancarkan ini dilengkapi 1GB RAM & 8GB memori dalaman, yang disertakan slot kad memori mikro-SD untuk memori tambahan.

Bateri pada Redmi 2 juga lebih besar dengan kapasiti 2200mAh yang turut menyokong teknologi QuikckCharge Qualcomm untuk pengecasan 40% lebih pantas. Skrin Redmi 2 kekal sebesar 4.7-inci dengan resolusi HD 720p. Lebih baik lagi, Redmi 2 kini menyokong internet pantas 4G-LTE & kekal mempunyai dwi-slot kad sim.
image

Kamera belakang Redmi kekal pada resolusi 8MP manakala kamera hadapan kini mempunyai resolusi 2MP. Redmi dikuasakan Android 4.4 Kitkat dengan antaramuka MiUi v6 yang baru.

Bulan lepas, Xiaomi turut memperkenalkan versi peningkatan Redmi 2, dengan peningkatan 2GB RAM & 16GB memori dalaman. Seperti Redmi 1S tahun lepas, diharapakan Xioami akan membawa masuk versi yang dipertingkat ini ke Malaysia kelak.

Redmi 2 dijual di China pada harga RMB699 (~RM399) manakala Redmi 2 versi peningkatan dijual pada harga RMB799 (~RM450). Walaupun sudah terdapat set import dijual di beberapa kedai peranti di Malaysia, mungkin lebih baik anda menunggu untuk mendapatkan versi rasmi Malaysia yang bakal tiba kelak.

image

image

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: