Xiaomi Mi4 Windows Phone dengan imbasan mata

Xiaomi-Mi4 Windows 10

Xiaomi akan memperkenalkan Mi4 versi Windows 10 yang lengkap dengan pelbagai popular seperti Facebook, Instagram dan Twitter pada harga jualan yang kekal di bawah RM1,000.

Ia akan dilengkapi CPU Qualcomm Snapdragon 801 4-teras berkelajuan 2.5GHZ, RAM DDR3 sebanyak 3GB dan memori dalaman eMMC ver5.0 yang menulis dan membaca 2x lebih laju dari dulu sebesar 16GB atau 64GB.

Selain itu, Mi4 mengekalkan skrin 5-inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Ia masih mengekalkan kamera utama pada 13MP tetapi menaik taraf kmaera hadapan menjadi 8MP. Baterinya juga dipertingkatkan kapasiti menjadi 3080mAH untuk daya tahan yang lebih lama.

Apa yang menjadi fokus utama sudah pasti sistem operasinya yang akan beroperasi sangat lancar meskipun pada OS yang lain dari yang lain.

Mi4 dengan Windows 10 masih berkebolehan sentuhan skrin ketika basah dan pengunaan sarung tangan, kamera hadapan 8MP dengan aperture F1.8, rakaman video UHD 4K, memfokus semula gambar selepas diambil, serta infra-red untuk mengawal peralatan di rumah seperti TV dan aircond.

Ciri baru yang bakal diperkenalkan selaras dengan penggunaan Windows 10 ialah pengenalan membuka atau mengaktifkan telefon dengan imbasan mata iaitu ciri yang disokong dalam telefon Windows 10.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: