Vivo turut kekalkan harga selepas GST

Dalam kesempatan yang masih ada ini, mungkin sedikit terlewat tetapi ia masih satu berita gembira. Sama seperti yang disarankan kerajaan Malaysia, satu lagi pengeluar peranti mengumumkan kesediaan mereka untuk mengekalkan harga jualan produk mereka, selepas GST dilaksanakan.

vivo, satu jenama telefon pintar yang popular dari China, hari ini mengumumkan semua produk mereka akan dijual kekal pada harga yang sama selepas 1 April. Ini bermakna, mereka mengurangkan harga produk dan memastikan cukai GST yang dikenakan pada produk mereka, tidak akan meningkatkan harga jualan selepas 1 April 2015.

vivo baru sahaja memperkenalkan telefon pintar ternipis mereka, X5Max yang setebal 5.08mm pada harga RM1799. Dengan pengumuman ini, X5Max akan kekal dijual dengan harga RM1799 juga. Selain nipis, X5Max juga dilengkapi sistem audio HiFi 2.0 yang memberikan audio bergerak yang hebat.

vivo Malaysia mengumumkan langkah ini bagi memberi nilai terbaik kepada peminat peranti mereka, yang telah menyokong produk vivo selama ini. Senarai penuh produk vivo serta harganya termasuk GST adalah seperti berikut:

* Y15 – RM 459
* Y22 – RM 659
* Y28 – RM 899
* Y27 – RM 999
* X3S – RM 1199
* X5 – RM 1399
* Xshot – RM 1599
* X5max – RM 1799
* Xplay 3S – RM 1899

 

%d bloggers like this: