U Mobile kekal menjual iPhone 6 dengan harga lama

Hari ini adalah hari terakhir untuk mendaftarkan minat bagi memiliki iPhone 6 dan 6 Plus melalui syarikat telekomunikasi U Mobile. Dilihat sebagai jualan pertama kali, U Mobile membuka pendaftaran minat iPhone 6 dan 6 Plus di laman mereka pada minggu lalu sebagai menandakan U Mobile adalah salah satu telko yang diiktiraf menjual telefon pintar Apple iPhone.

Apple iPhone memang terkenal dengan harganya yang premium. Tetapi selepas pengumuman Apple Watch minggu lepas, Apple Store di Malaysia kelihatan telah menaikkan harga iPhone 6 dan 6 Plus sekitar 6 ke 7% dari harga asal, menjadikan iPhone 6 16GB berharga RM2549 daripada RM2399, dan iPhone 6 Plus 16GB dari RM2749 kepada RM2949.

iphone 6 plus dan 6 dan 5s 2

Beberapa telko kelihatan sudah mengubah harga jualan iPhone bersama plan mereka mengikut harga terbaru ini, tetapi U Mobile yang membuka pendaftaran minat sebelum harga ini naik, memberitahu mereka akan menjual iPhone 6 yang akan dilancarkan, mengikut harga lama. Paling kurang, pengguna bakal untung RM150 dengan kerana menjualnya mengikut harga lama.

U Mobile sudah sekian lama menawarkan harga terendah ataupun kompetitif untuk peranti bersama plan mereka. Kini mereka terus menjamin akan memberi pengguna kos terendah untuk memiliki iPhone. U Mobile juga bakal menawarkan iPhone bersama plan prabayar mereka, yang dikatakan pertama kalinya mungkin di Malaysia.

tawaran menarik umobile iphone6

Selain itu, ia juga dikatakan akan menjual iPhone untuk pelanggan pascabayar, tanpa perlu kontrak. Ini pastinya akan datang dengan syarat dan terma yang berlainan dari kontrak biasa. Satu lagi kenyataan mereka, pengguna akan dapat menggunakan internet berkelajuan tinggi tanpa had. Di waktu ini, tiada lagi internet mudahalih berkelajuan tinggi tanpa had ditawarkan di Malaysia, jadi adakah U Mobile mampu memperkenalkannya?

iphone6 baharu harga lama umobile

Walaupun U Mobile mengumumkan tawaran harga lama untuk iPhone 6 yang bakal mereka jual, ianya datang bersama dengan kenyataan ‘Sementara stok masih ada’. Ini bermakna mungkin stok untuk yang mendaftar minat sahaja akan memeperoleh iPhone 6 dengan harga lama. Jadi jika anda sudah bersedia untuk memiliki iPhone 6 bersama U Mobile, elok sangat mendaftar minat secara percuma sekarang di sini, sebelum U Mobile turut sama menaikkan harga iPhone 6 kelak.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: