Tangkap Encik s6 untuk menangi Galaxy S6

Pastinya anda telah mengetahui, telefon pintar terbaru dari Samsung, iaitu Galaxy S6 dan S6 edge akan dilancarkan oleh Samsung Malaysia pada 2 April nanti. Tetapi, Samsung Malaysia menyediakan untuk rakyat Malaysia, lebih dari itu.

Bagi meraikan kehadiran telefon hebat ini, Samsung Malaysia akan memberikan ENAM PULUH rakyat Malaysia yang bertuah, peluang untuk menjadi yang pertama memiliki Samsung Galaxy S6 di Malaysia ini, dalam satu pertandingan pencarian ‘I Want #myGalaxyS6’. Ya, bukan 6, tetapi 60 unit telefon pintar baru dari Samsung ini akan diberikan secara percuma.

warna warni galaxy s6

Untuk menyertai pencarian ini, anda perlu beri perhatian kepada Facebook Samsung Mobile Malaysia. Mulai 23 Mac sehingga 10 April, hari Isnin sehingga Jumaat, akan dipamerkan petunjuk kepada Encik S6, seorang penjenayah dalam pelarian yang melarikan 30 unit Galaxy S6 dan 30 lagi unit Galaxy S6 edge. Bongkarkan kedudukan encik S6 ini, carinya dan jika anda yakin dialah orangnya encik S6, jerit kata laluan “I WANT #myGalaxyS6” kepadanya. Jika tepat, anda perlu menjawab satu soalan mudah sebelum menjadi pemenang bertuah yang membawa pulang samada Samsung Galaxy S6 atau Galaxy S6 edge.

Selain itu, bermula dari 23 Mac 2015 juga, dari jam 12 tengahari hingga 6 petang hari Isnin hingga Khamis, serta jam 3 petang hingga 9 malam hari Jumaat, anda boleh juga mendapatkan petunjuk dan tips kedudukan encik S6 serta maklumat tambahan berkenaan misi pencarian ‘I want #myGalaxyS6’ dari lamanweb www.hitz.fm dan www.era.fm

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama di Malaysia memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S6 dan S6 edge ini. Mereka di bawah ini telah pun berjaya mencari Encik S6 dan memenangi telefon Samsung Galaxy S6. Peluang ini masih terbuka untuk anda. Tak susah pun mencari Encik S6 ni.

Bak kata detektif terkenal Kindaichi Hajime: Penjenayah ada di kalangan kita!

pemenang i want mygalaxys6 27 mac pemenang i want mygalaxys6 30 mac

Berita berkaitan:

Galaxy S6 melangkah bergaya di pentas MWC 2015
Perbandingan: HTC One M9 dan Samsung Galaxy S6
Galeri gambar Samsung Galaxy S6 & S6 Edge
Montblanc umum casing premium Galaxy S6
Ujian benchmark: One M9 vs Galaxy S6
IKEA mula jual perabot dilengkapi pengecas tanpa wayar
KNOX jadikan Galaxy S6 peranti perniagaan terbaik

 

%d bloggers like this: