Selamat Tinggal Internet Explorer

Internet Explorer adalah sebuah palayar internet yang dikeluarkan Microsoft. Ia adalah pelayar yang sangat terkenal digunakan untuk memuat turun pelayar Mozilla Firefox atau Google Chrome kerana ia adalah satu-satunya pelayar yang terdapat di dalam komputer baru, semasa pertama kali Windows dijalankan.

Dalam satu berita terbaru, Microsoft dikatakan akan menamatkan riwayat pelayar terkenal ini, dan menggantikannya dengan pelayar yang diberi kod nama ‘Project Spartan’ seperti yang dipertontonkan semasa pelancaran Windows 10 yang lalu. Project Spartan adalah sejenis pelayar serba baru yang direka Microsoft untuk kegunaan Windows 10, yang turut boleh berinteraksi dengnan pembantu digital, Microsoft Cortana.

Walaubagaimanapun, Internet Explorer akan kekal dalam sebahagian versi Windows 10, untuk tujuan keserasian bersama aplikasi atau paparan lamanweb lama. Tetapi Project Spartan akan kekal menjadi pelayar utama untuk Windows 10 kelak.

Sebelum ini, Microsoft telah mencuba pelbagai cara untuk membuang imej negatif yang terpalit pada Internet Explorer, dengan membuat pelbagai video dan pengiklanan serta kempen. Tetapi ia dilihat tidak membantu memperbaiki situasi ini dan membuatkan bekas ketua Internet Explorer meninggalkan syarikat itu pada Disember lepas. Ini menandakan satu era baru untuk pelayar di dalam Windows.

 

chromedata-ienewname

Berdasarkan kajian yang dilakukan Microsoft, ia menunjukkan jenama Microsoft sendiri adalah lebih berkuasa dan digemari berbanding nama Windows atau Internet Explorer. Sebagai contoh, mereka membuat satu tinjauan awam dan mendapati, kebanyakan responden menggemari nama Microsoft di hadapan, jauh lebih banyak dari Internet Explorer.

Ini memberi gambaran nama baru untuk pelayar ‘Project Spartan’ pastinya menggunakan nama Microsoft di hadapan. Cuma Microsoft tidak lagi memberitahu bila ia akan mengumumkan secara rasmi nama baru ini. Apa yang pasti, tiada lagi Internet Explorer untuk memuat turun Chrome dan Firefox di Windows 10 kelak.

[Sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: