Produk Xiaomi mula terkena tempias GST

Nampaknya satu syarikat pengeluar peranti telah mengumumkan kenaikan harga produk mereka, yang dikaitkan dengan penguatkuasaan cukai barangan dan servis (GST) bermula 1 April 2015. Sebagai pengeluar peranti yang terkenal dengan harga yang murah, Xiaomi nampaknya terpaksa akur dengan desakan cukai GST yang baru ini, apabila membuat pengumuman kenaikan harga satu produk mereka, Redmi Note 4G.

Sebelum ini, Redmi Note 4G dijual di Malaysia pada harga RM589 di lamanweb rasmi Mi Malaysia. Pada masa artikel ini ditaip juga, harga jualannya masih sama pada RM589. Tetapi apabila tibanya tarikh keramat 1 April, Xiaomi akan menjual Redmi Note 4G dengan harga baru, iaitu RM645. Kenaikan sebanyak 6% dari harga asal ini kelihatan sama dengan cukai GST yang bakal bermula kelak.

redmi note 4G rm625

Walaupun Redmi Note 4G menerima kenaikan harga, produk Xiaomi yang lain tetap kekal pada harga yang sama. Telefon pintar yang baru dilancarkan, Redmi 2 serta tablet Mi Pad akan tetap dijual pada harga RM449 dan RM799. Redmi 2 telah sedia diketahui kenaikan harganya kerana di China, Redmi 2 dijual pada harga yang sama dengan Redmi 1S dahulu. Tetapi di Malaysia, ia dijual lebih tinggi.

GST menu Xiaomi

Dari pengamatan kami, kenaikan harga produk Xiaomi ini, lebih kepada kadar tukaran matawang Dolar US yang kini semakin kuat berbanding Ringgit Malaysia. Malah, matawang Yaun China juga menunjukkan peningkatan apabila dibanding dengan Ringgit Malaysia. Disebabkan perkara ini, Xiaomi telah menaikkan harga powerbank mereka tidak lama dahulu.

Kepada yang berkira-kira mahu membeli telefon pintar daam masa sebulan dua ini, lebih baik anda membelinya sekarang sebelum 1 April 2015. Ini kerana telefon pintar adalah produk yang termasuk dalam senarai cukai GST, berbanding tidak dikenakan cukai sebelum ini. Dijangkakan syarikat yang lain, akan turut mengumumkan kenaikan harga produk mereka dalam masa terdekat.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: