Oppo kekal harga telefon selepas GST

Lagi berita tentang kesan GST kepada harga peranti. Tetapi kali ini berita baik kepada rakyat Malaysia. Oppo Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan pelaksanaan GST pada 1 April dan kesannya kepada harga jualan produk Oppo.

Oppo Malaysia mengumumkan tiada sebarang kenaikan harga untuk semua produk Oppo selepas 1 April 2015. Kami dimaklumkan, selepas perbincangan yang panjang dan mendalam di antara pihak pengurusan tertinggi Oppo, mereka mengambil keputusan untuk menyerap GST yang dikenakan ke atas produk Oppo bagi pihak pembeli baru, terhadap semua jualan telefon pintar mereka.

Dengan ini, telefo pintar Oppo yang hangat di pasaran kini akan kekal dengan harganya seperti sekarang. Senarai telefon pintar Oppo & harganya adalah seperti berikut:

Oppo N3 – RM2098
Oppo R5 – RM1798
Oppo Find 7 – RM1798
Oppo Find 7A – RM1398
Oppo N1 Mini – RM1198
Oppo R1L LTE – RM1098
Oppo Mirror 3 – RM898
Oppo Neo 5 LTE – RM598
Oppo Joy – RM358

 

Oppo Malaysia mengambil langkah drastik ini hasil penerimaan rakyat Malaysia yang luar biasa tentang produk Oppo. Oleh itu, mereka ingin mengembalikan kepercayaan ini kepada pengguna yang meyakini produk Oppo.

Ini ialah pengumuman kedua berkaitan harga telefon pintar selepas GST. Semalam Mi Malaysia mengumumkan kenaikan harga Redmi Note 4G mereka, tetapi mengekalkan semua harga produk yang lain. Dengan pengumuman sebegini, ia pasti memberi tekanan kepada syarikat lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Dijangka beberapa kenyataan rasmi berkaitan GST akan menyusul lagi selepas ini.

Kalaulah semua syarikat lain ni macam Oppo …..

tiada kenaikan harga oppo gst

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: