Kongsi makanan digital secara nyata bersama Maxis

Sudah menjadi lumrah kehidupan rakyat Malaysia pasca 2015, sebelum mula menjamah hidangan ia akan didahului dengan upacara mengambil gambar kemudian barulah diiringi bacaan doa makan. Ramai yang akan berkongsi gambar makanan yang diambil tersebut di media sosial dengan status, ‘jemput makan’. Tetapi realitinya pembaca status tersebut tidak dapat langsung menjamah apatah lagi merasa atau menghidu makanan tersebut.

Tidak lama lagi, penggunaan istilah ‘sharing is caring’ (berkongsi itu sifat penyayang) gambar makanan akan dapat direalisasikan oleh Maxis, dengan teknologi terbaru yang mereka bangunkan, yang diberi nama Maxis Screen Savour. Dengan Screen Savour, sesiapa sahaja dapat merasa dengan lidah sendiri, gambar makanan yang dipaparkan di atas skrin peranti mereka.

maxis screen savour 2

Cara penggunaan Screen Savour ini sangat mudah, ianya sama seperti pelindung skrin yang biasa digunakan. Pastikan model telefon anda terdapat di dalam senarai yang serasi dengan Screen Savour, pasangnya di atas skrin peranti dan ia sedia digunakan.

Jika anda berminat, Maxis menawarkan 100 Screen Savour percuma kepada 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan terawal. Tempahan akan dibuat dari 1 April sehingga 7 April 2015. Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, layari lamanweb Screen Savour di sini.

Tawaran ini bertepatan dengan promosi terbaru Maxis, yang akan mula membuat pra-tempah telefon pintar terbaru Samsungiaitu Galaxy S6 & S6 edge pada 3 April 2015. Untuk tempahan Galaxy S6 & S6 edge ini, Maxis menawarkan pengecas tanpa wayar dan pelindung skrin percuma untuk 1000 tempahan terawal, yang bernilai RM280.

maxis-screen-savour-2