Kerajaan lancar kad sim 1Malaysia

Pek Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) dilancarkan tadi pada harga serendah RM5.90 bagi membantu rakyat menikmati kemudahan data melayari internet lebih murah.

SR1M ditawarkan dengan harga RM5.90 dan dibekalkan dengan kredit percuma beserta 150 megabait (MB) akses internet.

Selain itu, pengguna akan dicaj 8sen bagi setiap 30 saat panggilan, 8sen bagi setiap SMS dan 5sen bagi setiap MB data yang dimuat turun.

Ia dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar mengurangkan perbelanjaan ke atas penggunaan telekomunikasi U Mobile Sdn Bhd.

Sejajar dengan usaha kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang lebih sempurna dengan memperkenalkan produk-produk 1Malaysia, maka SR1M akan menambahkan satu lagi produk 1Malaysia yang secara jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Produk yang bakal diperkenalkan ini bukan sahaja akan ditawarkan dengan harga rendah malah ianya juga mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama di Malaysia.

Sasaran pengguna utama adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak kira di luar bandar atau di bandar. Pengguna daripada kalangan lepasan sekolah pula merupakan golongan sasaran kedua yang berpotensi untuk menikmati kadar rendah SR1M. Selain daripada itu, usaha mencambahkan peniaga Bumiputera yang baru dalam bidang telekomunikasi juga amat dititikberatkan dalam menjayakan program ini.

Produk Simkad Rakyat 1Malaysia ini pastinya akan memberi banyak manfaat kepada pengguna atau rakyat samada secara langsung atau tidak langsung. Antara manfaatnya ialah dengan pewujudan produk ini maka akan membuka akses golongan berpendapatan rendah terhadap dunia telekomunikasi yang terkini iaitu dengan perkhidmatan jalur lebar, 4G dan sebagainya. Akses kepada lebuhraya maklumat akan berada di hanya hujung jari selain memudahkan hubungan dua hala antara pengguna di bandar dengan penguna di luar bandar.

Untuk info lanjut, layari lamanweb www.sr1m.com.my

SR1M talian baru untuk rakyat

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: