Kamera atau telefon? Lenovo Vibe Shot

lenovo-vibe-shot-3

Masih di MWC 2015, theskop memperoleh satu lagi gajet menarik iaitu Lenovo yang memperkenalkan kamera? Eh, telefon? Mungkin kedua-duanya sekali. Itulah pandangan pada Vibe Shot yang yang dikatakan Lenovo sebagai telefon pintar paling nipis dari kamera biasa.

Vibe Shot disasarkan untuk pengalaman kamera pada telefon dengan saiz 5inci pada paparan 1080p yang disediakan pada Gorilla Glass pada bahagian depan dan belakang.

lenovo-vibe-shot-2

Dalamnya, ia disediakan pada set cip 64-bit Snadragon 615 yang mempunyai RAM sebanyak 3GB dengan storan 32GB di samping bateri 2900mAh.

Ia akan datang siap dengan Android 5.0 Lollipop.

Sudah pasti anda tertanya-tanya resolusinya? Ia disediakan dengan 16MP pada enam jenis modular lensa dan flash LED macam kamera biasa dan ia merakam baik pada pencahayaan rendah dengan penstabil imejnya. Kamera depan pula 8MP

Vibe Shot mempunyai kenipusan 7.3mm dengan rekaan badan besi di samping dua slot kad sim nano. Telefon atau kamera nipis ini mempunyai rangkaian 3G dan LTE dan diperoleh pada Jun nanti pada harga kira-kira RM1,266 dengan warna merah, putih atau kelabu.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: