HTC buat kejutan, lancar gelang pintar

20150228_220640 20150228_220654 20150228_220918

HTC melancarkan HTC Grip yang juga gajet boleh pakai atau wearable mereka hasil kerjasama dengan syarikat Under Armour yang boleh disesuaikan untuk atlit dan mereka yang aktif dalam kecergasan.

Grip akan dijual pada harga RM629 di Malaysia.

Ia sesuai untuk mana-mana peranti Android ad iOS dengan cip mengesan degupan jantung.

Skrinnya menggunakan 1.8 inci PMOLED sebagai paparan utama dengan tiga saiz berbeza mengikut kesesuaian tangan.

Selain kalis air, ia juga mampu bertahan dua setengah hari mengikut cakap pengeluarnya, HTC dengan bateri 100mAh.

Ia boleh dihubungkan ke GPS telefon anda bagi membolehkannya membantu memaklumkan jalan yang perlu dilalui penggunanya ketika berjoging.

Peranti tersebut akan dipasarkan pada September nanti termasuk di Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: