Hanya 4 produk & khidmat teknologi tak dikenakan GST, apakah ia?

GST

Kos operasi syarikat sudah pasti dianggar meningkat secara purata antara dua hingga empat peratus susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.

Pertambahan tersebut didorong oleh kos tidak langsung daripada komponen luar seperti pembekal dan penyelenggaraan.

Kebanyakan syarikat teknologi dikategorikan sebagai pembekalan pelbagai, jadi bukan semua dapat dikecualikan daripada GST.

Boleh dikatakan, kesemua produk elektronik termasuk telefon, komputer, tablet dan banyak lagi akan dikenakan pada kadar 6%.

Bagaimanapun, hanya 4 perkara saja yang tidak dikenakan GST mewakili perkara melibatkan teknologi iaitu:

  1. Perkhidmatan telekomunikasi ke luar negara

  1. Perkhidmatan perayauan (roaming) telekomunikasi

  2. Perkhidmatan berkaitan ‘co-location’ bagi pelayan (server) komputer bagi kontrak dengan orang luar negara

  3. Suratkhabar atas talian

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: