Guna WeChat & terima ganjaran WeReward percuma

WeChat, salah satu aplikasi media sosial yang pesat berkembang hari ini melancarkan kempen WeReward buat pertama kalinya di Malaysia. Kempen ini dijayakan dengan kerjasama dari beberapa syarikat tempatan seperti Huawei, Chatime, Grabtaxi, MCash dan Zalora. Kempen yang akan berjalan selama sebulan, dari 25 mac hingga 25 April 2015 ini bertujuan memberi ganjaran kepada pengguna setia WeChat melalui mata yang dikumpul setiap hari, kemudian menebusnya kepada baucer produk dan servis dari syarikat yang turut serta.

WeReward 001 WeReward 002

Cara untuk mengumpul mata WeChat WeReward ini sangat mudah. Hanya buat panggilan secara video atau suara selama sekurang-kurangnya 60 saat sehari kepada kenalan WeChat, dan pengguna akan mendapat 3 mata WeChat. Setiap hari, hanya 3 mata maksimum dapat dikumpulkan. Mata yang terkumpul ini kemudian boleh digunakan untuk menebus senarai baucer seperti di bawah ini. Mudah bukan.

baucer wereward wechat

Untuk memeriksa baki WeChat anda, hanya pergi ke ruangan baki WeReward dan pengguna boleh melihat jumlah mata WeChat yang terkumpul serta senarai baucer yang boleh ditebus. Pengguna juga boleh melihat senarai baucer ini dari ruangan ‘My Vouchers’.

Untuk maklumat lanjut berkenaan WeReward, layari Facebook WeChat Malaysia di alamat www.facebook.com/wechatmalaysia.

 

wechat logo small

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: