Diskaun hujung minggu Steam kali ini bersama Ubisoft

Steam, perpustakaan permainan komputer terkemuka, sering mengadakan promosi dan diskaun untuk permainan yang terdapat di dalam senaria mereka. Terbaru, khas untuk mengisi hujung minggu cuti sekolah yang baru bermula ini, Steam menawarkan jualan promosi ‘Ubisoft Weekend’. Jualan yang bermula dari 12 Mac ini, akan tamat pada 16 Mac 2015.

Jualan promosi ‘Ubisoft Weekend’ ini membawakan diskaun sehingga 75% ke atas tajuk permainan keluaran Ubisoft, salah satu pengeluar permainan yang terkenal. Ubisoft telah mengeluarkan banyak tajuk permainan yang menjadi hits antaranya siri Far Cry, Watch Dogs, Assasins Creed dan Tom Clancy Splinter Cell.

Sebagai contoh, semua siri Watch Dogs dan DLC dijual dengan diskaun 50%, manakala Far Cry 4 yang baru dilancarkan hujung tahun lepas mendapat diskaun 40%, menjadikan harganya RM120.60 sahaja. Atau dapatkan set lengkap Far Cry 1, 2, 3 & 4 yang dijual secara pakej pada harga RM164.00 sahaja, tambahan RM44.60 daripada membeli seunit Far Cry 4 untuk mendapatkan 4 tajuk permainan.

diskaun watch dogs

Terdapat pelbagai pakej yang dikumpulkan dan dijual pada harga yang lebih rendah selepas diskaun seunit. Seperti Ubisoft Prime Package berharga RM193.20, mengandungi tajuk permainan seperti Child of Light, Assassin’s Creed IV: Black Flag, Far Cry 3, South Park: The Stick of Truth, Tom Clancy’s Splinter Cell Blacklist, Trials Fusion, Valiant Hearts: The Great Wars dan Watch Dogs. Jimat RM25.25 berbanding membelinya satu-satu. Menarik bukan?

Jika anda berminat mendapatkan tajuk permainan keluaran Ubisoft, ataupun mahu memnuhkan koleksi perpustakaan permainan anda di Steam dengan harga diskaun yang jarang didapati, segera ke lamanweb Steam Ubisoft Weekend, daftar masuk ke akaun anda dan membeli-belah menggunakan paypal atau kad kredit anda, sebelum tamat tempoh promosi pada 16 Mac 2015. Tapi, pastikan anda tidak terlebih berbelanja.

Selamat berhujung minggu bersama Steam & Ubisoft. Senarai penuh tajuk permainan beserta harga jualan di dalam RM terdapat di bawah sekali.

 

Di bawah ini disiarkan trailer video beberapa tajuk permainan yang ditawarkan di dalam jualan promosi ‘Steam Ubisoft Weekend’:

Watch Dogs

Tom Clancy’s Splinter Cell Blacklist

Far Cry 3

Assassin’s Creed IV Black Flag

steam ubisoft weekend 001 steam ubisoft weekend 002 steam ubisoft weekend 003steam ubisoft weekend 004

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: