Canon kekal no satu 12 tahun berturut-turut

Canon Malaysia hari ini mengumumkan barisan kamera digital boleh ubah lensa mereka (ILS) merangkumi DSLR dan kamera kompak, mengekalkan pasaran no 1 dunia dari segi jualan, selama 12 tahun berturut-turut, dari tahun 2003 sehingga 2014.

Canon menghasilkan sendiri komponen utama kamera mereka seperti sensor imej CMOS, pemproses imej serta lensa boleh ubah pada kamera mereka. Kesemua teknologi tercanggih ini dilengkapkan dalam seluruh produk mereka, merangkumi kamera untuk profesional sehingga model untuk pengguna baru. Model menyeluruh untuk semua peringkat pengguna ini memastikan Canon dapat mengekalkan kedudukan no 1 mereka di peringkat antarabangsa.

Canon EOS 300D 123

Pada peringkat permulaan kamera digital SLR pada tahun 2003, Canon memperkenalkan model mampumilik mereka, EOS Kiss Digital atau lebih dikenali sebagai EOS 300D di Malaysia dan EOS Digital Rebel di beberapa negara lain. Kamera DSLR yang kompak dan ringan serta berharga kompetitif ini menjadi batu loncatan kepada perkembangan pasaran DSLR.

Sejak itu, Canon memperkenalkan pelbagai kamera DSLR termasuk siri EOS-1D yang dihasilkan untuk pengguna profesional serta siri EOS 5D yang membuka jalan kepada rakaman video menggunakan DSLR, kerana ia dilengkapi sensor frame-penuh untuk fungsi rakaman video.

Pada bulan Oktober 2014, Canon melancarkan model EOS 7D Mark II yang disasarkan untuk pengguna amatur yang mahukan fungsi seperti profesional. Ia terus menjadi kegemaran ramai dengan kebolehan rakaman sepantas 10 gambar sesaat dan prestasi auto fokus yang hebat. Ini membantu lagi mengekalkan kedudukan Canon sebagai pengeluar no 1 dunia.

 

100juta lensa EF

Tambahan lagi, pada April 2014 Canon menyambut satu pencapaian penting dalam penghasilan lensa mereka apabila menghasilkan lensa siri-EF yang ke-100 juta. Lensa siri-EF Canon kini berjumlah 97 model, adalah salah satu dari pengeluaran utama Canon.

Untuk terus memperkukuhkan kedudukan mereka, Canon memperkenalkan lima lagi model kamera awal tahun ini. Model tersebut adalah EOS 5DS dan 5DS R, EOS 760D(dikenali juga sebagai EOS Rebel T6s atau 8000D) dan EOS 750D (dikenali juga sebagai EOS Rebel T6i atau Kiss X8i) serta kamera digital kompak EOS M3.

 

canon logo 600p

%d bloggers like this: