Uniten dan Cyient bekerjasama bangun Teknologi Grid Pintar

Universiti Tenaga Nasional (Uniten), subsidiari penuh di bawah TNB telah menandatangani MoU dengan Cyient Ltd, pakar penyedia solusi operasi rangkaian, bagi bekerjasama untuk penyelidikan bersama Teknologi Grid Pintar.

Acara menandatangani ini disempurnakan oleh Dato’ Prof. Ir. Dr. Ibrahim bin Hussein, pemangku Naib Canseler Uniten, bersama Sanjay Krishnaa, Naib Presiden Kanan & Ketua APAC, Cyient Ltd. Kerjasama ini bertujuan memperkukuhkan hubungan di samping berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing untuk memajukan lagi Teknologi Grid Pintar.

Sanjay & Dato' Prof. Ir. Dr. Ibrahim berjabat selepas upacara tandatangan
Sanjay (kiri) & Dato’ Prof. Ir. Dr. Ibrahim (kanan) berjabat selepas upacara tandatangan

Kedua-dua pihak bersetuju, sepanjang terma MoU ini untuk, mengkaji kebolehpakaian rangka Cyient untuk meningkatkan kualiti operasi, serta menyumbang untuk mengintegrasikan teknologi berbeza dalam bidang komunikasi, elektronik & sistem utiliti seperti Sistem Pengurusan Pengedaran, Pengurusan Data Utama, Sistem Pengurusan Gangguan, Kawalan Penyeliaan & Pengumpulan Data serta Sistem Informasi Geografi (GIS).

Cyient merupakan peneraju industri dalam bidang ini selama lebih 20 tahun & telah bekerjasama dengan TNB dalam beberapa projek seperti projek pemula di Melaka & Putrajaya bagi implementasi GIS serta Infrastruktur Permeteran Maju (AMI). Asia Tenggara mempunyai peningkatan jangkaan GDP tertinggi & mempunyai pasaran grid pintar yang berkembang, yang memberi lebih manfaat kepada pengguna & peluang perniagaan untuk peniaga.