Produk baru Xiaomi di Malaysia ialah tablet?

Mi Malaysia memulakan tahun 2015, dengan membuat jualan terbuka pada 28 Januari lepas, yang mana hingga kini ia masih diteruskan. Pengguna boleh membeli pelbagai produk Xiaomi seperti Mi Band, Mi Powerbank & Redmi Note 4G tanpa perlu menunggu & beratur lagi.

Semalam, di Facebook Mi Malaysia telah memaparkan dua produk baru yang akan dijual di Malaysia dalam masa terdekat. Pertama, Facebook Mi Malaysia memaparkan dengan jelas, mereka akan mula menjual Mi In-ear headphones Crystal Pink.

mi ie headphones crystal pink 01

Headphones Crystal Pink ini akan dijual pada harga RM99, hampir 2x lebih mahal dari Headphones Rose Gold & Silver yang berharga RM50. Apa yang membezakannya ialah, ia dihiasi dengan kristal swarovski pada headphones, di samping kemasan kotak yang lebih menawan & tambahan beg pouch berwarna velvet dengan penutup magnetik, yang menyerlahkan aura feminisme padanya.

Produk kedua Xiaomi yang bakal tiba pula, dikaburkan gambarnya. Tetapi dengan seimbas pandang, dapat diketahui ianya adalah tablet Mipad, yang dilancarkan di China pada tahun lepas.

mipad akan datang 01 mipad akan datang 02

Mipad dikuasakan CPU Nvidia Tegra K1, 4-teras 2.2GHz, dengan RAM DDR3 2GB. Ia mempunyai skrin 7.9-inci dengan resolusi 2048×1536. Di China, ia dijual pada harga RMB1299 (RM749) untuk storan 16GB & RMB1699 (RM999) untuk 64GB. Tetapi jika mengikut kebiasaan sebelum ini, Malaysia mungkin menerima versi 16GB sahaja. Mipad juga tidak mempunyai sokongan kad sim, jadi ia memerlukan sambungan WiFi untuk menggunakan internet. Baca laporan awal kami berkenaan Mi Pad di sini.

Mipad spec

Walaupun telah diumumkan Mi4 tidak akan dijual di Malaysia kerana masalah perkakas 4G padanya, peminat di Malaysia mungkin berasa terubat duka dengan ketibaan Mipad ini. Apatah lagi, Mi Note yang baru dilancarkan bulan lepas, telah dijanjikan ketibaannya di Malaysia pada suku kedua tahun 2015.

Apatah lagi dengan jualan terbuka yang masih berlangsung sekarang, ia menjawab permasalahan stok yang sering ditimbulkan selama ini. Adakah anda akan terus beratur di hadapan PC untuk mendapatkan produk baru Xiaomi yang bakal tiba di Malaysia jika dibuat jualan terhad lagi selepas ini?

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: