Olympus jamin OM-D E-M5 Mark II kamera anti-gegar terbaik

Olympus Malaysia pagi ini mengumumkan kamera terbaru bagi model OM-D mereka, iaitu Olympus OM-D E-M5 Mark II. Ia adalah satu kamera kompak dengan lensa boleh ubah yang kini memiliki sistem penstabil imej 5-axis tercanggih di dunia. Dengan kamera baru ini, pembuat filem amatur boleh menikmati rakaman video lebih berkualiti dengan penstabil imej canggih ini.

E-M5 (kiri) dan E-M5 Mark II (kanan)
E-M5 (kiri) dan E-M5 Mark II (kanan)

Kamera OM-D E-M5 Mark II mempunyai resolusi natif 16MP yang memberikan lebih kebebasan kepada jurugambar dengan penstabil imej tercanggih 5-axis. Ia membantu merakam gambar dengan lebih tajam di masa bergerak seperti berlari atau di atas kenderaan bergerak. Fungsi ini lebih bermakna ketika merakam video, memberikan jurugambar lebih ruang bergerak ketika merakam tanpa menjejaskan kualiti video. Dengan mod khas ‘Hi-Res Shot’ pula, ia boleh merakam gambar sehingga 40MP melalui teknologi peralihan-sensor yang menyamai kualiti kamera ‘Full-Frame’.

OMD EM5 Mark II - kamera depan OMD EM5 Mark II - kamera belakang OMD EM5 Mark II - kamera atas kanan OMD EM5 Mark II - kamera atas kiri

Badan kamera ini direka ringan dan kompak dengan binaan dari aloi besi yang menjadikannya kalis percikan, debu dan beku yang membuatkannya tahan lasak menghadapi apa jua cuaca ketika merakam detik-detik penting. Segala tetapan penting pada butang & dail disusun kemas secara ergonomik bagi memudahkan capaian. Ia didatangkan di dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan perak, memberikan sentuhan vintaj kamera dulu-kala.

Gambar berkualiti tinggi di kamera ini dihasilkan dengan gabungan lensa optik Olympus Zuiko yang berprestasi tinggi dengan sensor Live MOS 16MP serta pemproses imej TruePic VII. Bagi mencapai resolusi 40MP, teknologi peralihan-sensor membuat 8 rakaman dengan menggerakkan sensor sebanyak 0.5 piksel, yang kemudiannya digabungkan menjadi satu imej beresolusi tinggi.

Skrin LCD boleh sentuh pada E-M5 Mark II boleh digerakkan dalam pelbagai sudut, kiri ke kanan & atas ke bawah. Mengambil gambar selfie sangat mudah dengan menggerakkan skrin menghadap pengguna. Skrin ini boleh digunakan untuk menetapkan fokus pada mana-mana tempat di dalam gambar, serta boleh mengubah apa jua tetapan manual lain ketika mengambil gambar, seperti kawalan bukaan lensa, apertur, pendedahan, sensitiviti mikrofon, kawalan bunyi, serta pelbagai efek tambahan.

OMD EM5 Mark II - touch operation

Satu elemen penting yang difokuskan Olympus pada kamera ini ialah, kebolehan merakam video berkualiti tinggi padanya. Dengan penstabil imej tercanggih 5-axis serta pemproses imej dalaman, ia mampu menandingi peralatan merakam video yang lebih besar dan kompleks. Video stabil yang memerlukan tripod,mini-jib dan landasan, kini boleh dilakukan dengan mudah dari tangan dengan kamera ini.

OMD EM5 Mii - 5axis

Pelbagai fungsi canggih untuk rakaman video, terdapat di dalam E-M5 Mark II. Ia menyokong ‘Multi Frame Rate’, ‘High Bit Rate’, rakaman ‘ALL-Intra’ serta kebolehan menetapkan kod masa. Ia boleh menayangkan paparan masa nyata pada paparan luar melalui sambungan HDMI. ‘Focus Peaking’ terdapat dalam 4 warna (hitam, putih, merah & kuing). Tetapi kamera ini hanya menyokong rakaman sehingga 1080p, tidak pada 4K.

Kamera OM-D E-M5 Mark II tidak mempunyai Flash terbina, tetapi didatangkan siap dengan Flash luaran yang boleh ditetapkan pelbagai sudut. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai aksesori yang boleh digunakan bersama seperti pemegang menegak, bateri luaran, casing kalis air, penutup kulit, serta pelbagai lensa Olympus yanng boleh ditukar ganti.

OMD EM5 Mark II - Leather jacket external grip dot sight OMD EM5 Mark II - lensa olympus

Kepada pembeli yang berminat, kamera Olympus OM-D E-M5 Mark II boleh ditempah bermula dari 6 Februari dan stok dijangka tiba pada 16 Februari 2015. Badan kamera E-M5 Mark II sahaja dijual pada harga RM3899. Manakala pakej dengan lensa M 12-50mm berharga RM4499. Pakej dengan lensa zum M 14-150mm pula berharga RM5599 dan pakej lensa M 12-40mm PRO pula RM6499.

OMD EM5 Mark II - tawaran belian awal 1 OMD EM5 Mark II - tawaran belian awal 2

Olympus Malaysia menawarkan promosi khas untuk pembeli terawal kamera ini, hanya untuk pembelian sebelum 8 Mac 2015. Promosi khas pembelian awal ini harus ditebus dalam talian di website Olympus sebelum 15 Mac 2015. Olympus menawarkan aksesori seperti pemegang kamera, kad memori mikro-SD, bateri tambahan serta mata ganjaran E-Shop, secara percuma ataupun dengan sedikit bayaran tambahan, bergantung kepada pakej promosi yang dipilih pengguna.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: