Kemaskini Blackberry 10.3.1 dilengkapi Amazon Appstore untuk semua

Berita baik buat pengguna telefon pintar Blackberry 10. Blackberry baru-baru ini mengumumkan semua telefon pintar dengan OS 10 mereka, akan menerima kemaskini sistem operasi 10.3.1 yang membawakan banyak pembaharuan. Pengguna Blackberry Classic yang baru dilancarkan awal tahun ini, telah menikmati kemaskini terbaru OS 10 ini kerana Classic telah tersedia datang.

Telefon pintar dengan Blackberry 10 adalah seperti BlackBerry Passport, Z30, Z3, Z10, Q10, dan Q5, termasuk juga siri mewah rekaan Porsche, P’9983 dan P’9982. Kemaskini terbaru ini telah dilepaskan di seluruh dunia, tetapi kesediaan untuk dimuat turun bergantung kepada penyedia telekomunikasi masing-masing.

all blackberry 10

Blackberry menjanjikan banyak pengalaman baru buat pengguna melalui kemaskini 10.3.1 ini. Paling utama, Blackberry yang telah lama mengumumkan kesediaan peranti Blackberry 10 mereka dengan penggunaan aplikasi Android, kini boleh memasangnya dengan lebih mudah, apabila Amazon Appstore tersedia di bina didalamnya. Dengan Amazon Appstore, pengguna Blackberry boleh mencari dan memuat turun apa juga aplikasi Android dengan mudah. Malah, Amazon Appstore turut menawarkan satu aplikasi berbayar secara percuma setiap hari. Ini menjadikan Blackberry 10 terbina dengan dua stor aplikasi, termasuk Blackberry Appworld.

Selain itu, Blackberry turut membawakan Blackberry Blend, sejenis sistem yang boleh dipasang pada pelbagai sistem operasi lain seperti Windows, MacOS, Android serta iOS. Blackberry Blend membolehkan pengguna menggunakan segala kemudahan seperti membaca mesej BBM, membalas emel, memeriksa kalendar temujanji serta mengakses semua dokumen yang terdapat di dalam peranti Blacberry 10, di mana-mana OS lain. Paling penting, Blackberry menjanjikan ciri keselamatan tertinggi dalam penggunaan berbilang OS ini.

Kali ini, Blackberry turut tidak melepaskan peluang memperkenalkan pembantu peribadi digital, yang digelar Blackberry Assistant. Ibarat Siri di iOS dan Cortana di Windows, Blackberry Assistant boleh membantu pengguna dalam pelbagai aspek pengurusan di dalam peranti Blackberry 10. Assistant boleh digunakan melalui arahan suara, ataupun dengan menaip.

Lain-lain fungsi baru yang ada di dalam OS 10.3.1 ini adalah seperti Blackberry Hub yang lebih baik dengan ‘instant action’, penggunaan kekunci pantas seperti yang terdapat pada OS7 serta pelbagai pilihan untuk penjimatan bateri, mengambil gambar dan memainkan pelbagai media video dan bunyi.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: