Tegakkan iPad sesuka hati dengan casing Logitech

Dalam pelancaran pembesar suara X300, KP Sim, Pengarah Urusan Negara Malaysia, Filipina & Brunei, turut sama memperkenalkan aksesori khas buat iPad iaitu casing Logitech Type+ & Logitech AnyAngle.

Logitech Type+ merupakan casing untuk iPad Air 2 yang dilengkapi papankekunci bagi kemudahan pengguna yang gemar berjalan. Ianya nipis & ringan dengan perlindungan dari dua sudut. Papankekunci Bluetoothnya telah dipertingkatkan dari model lama bagi memberi pengalaman menaip seperti menggunakan laptop.

Casing Logitech Type+ ini mempunyai fungsi ON/OFF secara automatik. Apabila iPad ditegakkan, papankekunci akan hidup sendiri dan bersedia untuk menaip. Jika, iPad dibaringkan rata untuk melayari internet, papankekunci akan terpadam dengan sendiri. Ia juga boleh menghidup serta mematikan iPad apabila casing Type+ ditutup.

type-plus-protective-case-with-integrated-keyboard-for-ipad-air-2

Manakala casing Logitech AnyAngle pula merupakan casing pelindung untuk iPad Air 2 dan iPad Mini, yang mempunyai penegak yang boleh diubahsuai sudut mengikut keperluan pengguna.

Penegak unik yang terdapat pada Logitech AnyAngle ini mempunyai engsel terlindung yang boleh memegang iPad pada mana-mana sudut dalam lingkungan 50° dengan teguh dan tegap tanpa tergelincir.

anyangle-protective-case-with-any-angle-stand-ipad

Rekaan casing Logitech AnyAngle yang sangat nipis dan ringan ini sesuai dengan iPad Air 2 yang nipis juga. Ia mempunyai kerangka getah bagi melindungi iPad dari kecuaian terjatuh atau terlanggar. Penutup hadapannya mempunyai magnet bagi memastikan ia kekal menutup skrin iPad dari geseran. Bahagian belakangnya lutsinar tetapi turut berupaya melindungi iPad dari geseran.

Kedua-dua casing Logitech Type+ dan juga Logitech AnyAngle telah mula dijual dan boleh didapati dari pengedar sah Logitech di Malaysia. Logitech Type+ terdapat dalam dua warna, hitam dan merah dan dijual pad aharga RM329. Manakala Logitech AnyAngle mempunyai banyak pilihan warna seperti hitam, violet dan hijau serta boleh dibeli pada harga RM189. Kesemua produk ini datang dengan jaminan terhad dari Logitech Asia selama setahun.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia