Samsung pamer Hasil Seni Digital di Galeri Masterpieces

Samsung Malaysia Electronics, telah mengumumkan pelancaran Masterpieces di Galeri Petronas, KLCC. Ia merupakan galeri seni digital, yang menampilkan koleksi hasil seni kontemporari yang dihasilkan oleh artis Malaysia.

Masterpieces sebenarnya merupakan aplikasi yang boleh didapati di Samsung Apps dan Google Play Store. Ia memaparkan hasil seni yang dikumpulkan, dan boleh ditonton dalam satu aplikasi. Ia juga boleh dilihat melalui lamanweb http://masterpiecesart.com/

Manakala Masterpieces di Galeri Petronas ini, ia disusun oleh kurator Iola Lenzi, penulis dan pengkritik seni kontemporari terkenal. Semua hasil seni yang dipaparkan di galeri ini dalam bentuk gambar, foto dan video, dihasilkan dengan menggunakan tablet Samsung GALAXY Note 10.1 LTE.

Samsung Masterpieces - kurator Iola Lenzi
kurator Iola Lenzi

Galeri Petronas, penaja lokasi galeri ini, telah menganjurkan pelbagai pameran seni di Kuala Lumpur. Petronas merupakan syarikat yang tidak asing di Malaysia, serta mnejadi penyokong kuat perkembangan seni Malaysia. Pameran digital ini membuktikan sokongan dan perakuan Petronas kepada hasil seni digital, di samping mempromosikan 11 artis Malaysia dan hasil seni digital mereka di Galeri Petronas sendiri.

Samsung bekerjasama dengan 11 orang artis kontemporari Malaysia yang menonjol dan sedang meningkat naik untuk menyumbang kepada galeri Masterpieces. 11 orang ini adalah Ahmad Zakii Anwar, Al-Khuzairie Ali, Chi Too, Chris Chong, Jalaini Abu Hassan (Jai), Phuan Thai Meng, Poodien, Roslisham Ismail (Ise), Sherman Ong, Umibaizurah Mahir Ismail dan Zulkifli Yusoff.

Samsung Masterpieces - GALAXY Note 10.1 LTE Samsung Masterpieces - GALAXY Note PRO

Samsung komited dalam perkembangan galeri seni digital ini dan mengembangkan Masterpieces ke seluruh Asia Tenggara untuk menampilkan artis tempatan dalam rantau ini. Artis dan peminat seni adalah dijemput untuk berkongsi hasil seni mereka di Masterpieces, dan bertukar pendapat dengan komuniti, yang diketuai oleh kurator Iola Lenzi.

Aplikasi Masterpieces ini turut terdapat pada Samsung Smart TV dan akan mula berada di Smart TV versi 2.0 pada suku pertama 2015 untuk paparan optimum.

Samsung Masterpieces - pameran 001 Samsung Masterpieces - pameran 002 Samsung Masterpieces - pameran 003 Samsung Masterpieces - pameran 004 Samsung Masterpieces - pameran 005

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: