Redmi Note 4G mula dijual di Malaysia

Redmi Note 4G merupakan telefon pintar terbaru bakal dijual Xiaomi di Malaysia, dan mereka telah mengumumkan di Facebook Mi Malaysia, akan mula menjualnya pada hari Khamis depan, 11 Disember 2014. Seperti biasa, Xiaomi akan membuat jualan terhad bagi Redmi Note 4G ini yang akan dibuka pada jam 12 tengah hari.

Ia telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kali ketika pelancaran pusat servis Xiaomi di Plaza Lowyat pada 17 November yang lepas. Sejak itu, Xiaomi telah membuat peraduan di website mereka di www.mi.com/my yang menawarkan satu unit Redmi Note 4G dan 20 F-code setiap hari sehingga 1 Disember 2014.

Redmi Note 4G tidak membawakan sebarang perubahan dari segi fizikalnya, berbanding model Redmi Note sebelum ini. Bezanya, ia kini menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 400, 4-teras 1.6GHz yang sama seperti Redmi 1S. Ia juga tidak lagi menyokong dwi-sim, kerana mempunyai hanya satu slot sim kad yang kini menyokong data internet berkelajuan pantas 4G LTE.

Selain itu, ia masih mengekalkan 2GB RAM & 8GB ROM, bateri 3100 mAH, skrin 5.5-inci IPS HD serta kamera belakang 13MP & kamera depan 5MP. Jika anda ingin mendapatkan telefon 4G Xiaomi yang berharga RM589 ini, jangan lupa bersiap sedia di hadapan PC dan mengakses www.mi.com/my, sebaiknya 1 jam sebelum jualan bermula.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: