Media Sosial kunci kejayaan syarikat pasca milenia

Oracle Corporation merupakan nama yang tidak asing di dalam dunia IT. Mereka merupakan peneraju penyedia solusi IT yang diperlukan syarikat. Baru-baru ini, mereka membentangkan tentang pentingnya peranan media sosial dalam memacu transformasi perniagaan agar sentiasa kekal berdaya saing dalam industri.

Menurut Chandru Relwani, Pengarah Kanan Aplikasi Pengurusan Produk CRM untuk Oracle Asia Pasifik, perniagaan kini mula terarah ke medan media sosial, yang mengubah cara berurusan dengan pelanggan dari tradisional, kepada hubungan interaksi dua hala secara terus.

Chandru Relwani
Chandru Relwani

Syarikat kini mahukan produk mereka berada di pasaran dengan lebih pantas. perkara ini terbukti, dengan pendedahan produk mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog, Forum dan Youtube dapat membantu pelanggan mengenali produk hampir serta merta. Malah, mesej mengenai produk dapat disampaikan lebih tepat kepada golongan yang disasarkan.

Golongan muda masakini terutamanya, merupakan generasi internet yang sering berhubung di internet. Golongan ini lebih gemar merujuk ke laman web syarikat atau laman sosial bagi mendapatkan maklumat berkaitan, ataupun bagi menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Komen-komen berlegar dengan pantas berkaitan sebarang masalah atau pujian, dan jika tidak ditangani segera ia mungkin membawa impak negatif yang sukar diselamatkan, terutama apabila ia sudah menjadi viral. Di sini menunjukkan pentingnya syarikat bersedia berinteraksi di laman sosial, bagi menguruskan perkara berkaitan dan mengelakkan permasalahan berkaitan produk mereka menjadi buah mulut di laman sosial.

Selain itu, media sosial juga digunakan oleh syarikat bagi mencari tenaga kerja mahupun servis yang diperlukan. Ia bukan sahaja digunakan sebagai peralatan bagi pemasaran, tetapi digunakan sebagai ‘head’hunting’ untuk menncari calon yang sesuai serta mampu meningkatkan nilai bagi syarikat.

Sektor yang paling banyak mendapat manfaat dan mempergunakan media sosial sebagai medium perhubungan kini adalah pelancongan, kesihatan, bank dan telekomunikasi. Oleh itu, lebih dari 30% syarikat telah mula menyediakan peruntukan untuk media sosial dalam masa 12 bulan akan datang.

Nik Feizal Haidi Hanafi
Nik Feizal Haidi Hanafi

Manakala Pengurus Negara, Aplikasi Oracle Corporation, Nik Feizal Haidi Hanafi menambah, di Malaysia, pelanggan dari sektor telekomunikasi, perbankan dan sektor awam menunjukkan peningkatan minat untuk mempergunakan media sosial sebagai startegi dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan bersama syarikat.

Walapun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi syarikat untuk menjana keuntungan melalui media sosial. Antaranya penggunaan sistem legasi lama yang sukar untuk dinaik taraf, untuk dintegrasikan bersama sistem media sosial. Letusan pengumpulan data untuk dianalisa jua merupakan satu aspek yang merisaukan. Ini dibuktikan apabila 90% data yang terdapat kini, baru tercipta dalam masa 2 tahun yang lepas. Masalah pertindihan data yang sama tetapi tidak diselaraskan antara jabatan dalam syarikat juga meningkatkan kos syarikat.

Oracle Data as a Service

Untuk itu, Oracle menawarkan penyelesaian dengan pengenalan Oracle’s Data-as-a-Service (DaaS). Ia menyediakan platform sosial dan pemasaran syarikat untuk mengintegrasikan dan menyelaraskan pandangan warga media sosial agar mesej produk yang tepat dapat disampaikan ke golongan sasaran. Ia juga membantu menganalisa keseluruhan media sosial untuk mendapatkan kunci bagi perkembangan produk.

Sistem Oracle DaaS mampu menyatukan data dari sistem legasi dan terkini, serta boleh ditempatkan di awan atau di premis syarikat sendiri, mengikut kesesuaian. Dengan solusi ini, semua pasukan dapat bekerjasama dan menyelaraskan data yang dimiliki. Ini juga akan mengurangkan kekeliruan kepada pengguna, yang sering cuba berhubung melalui semua saluran media sosial yang ada.

Oracle complete solution

Mengakhiri pembentangannya, Nik menjelaskan media sosial merupakan satu alat yang penting buat perniagaan masakini. Tetapi ia tidak boleh ditetapkan atau dibiarkan berjalan sendiri selepas dilaksanakan. Media sosial sentiasa berubah-ubah dan ini memerlukan pengawasan dan kerjasama yang teliti merentasi manusia, proses dan teknologi untuk sentiasa berada di hadapan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: