Huawei dedah pelajar Malaysia ke industri di China

Share Button

Bagi memenuhi komitmennya untuk melahirkan lebih ramai pakar, Huawei Malaysia telah mengumumkan inisiatif ‘Seeds for The Future’. Huawei akan menaja lawatan sambil belajar selama dua minggu untuk 16 orang pelajar Malaysia dalam jurusan kejuruteraan elektronik dan komputer sains. Program ini telah dilancarkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Dato’ HJ Muhyiddin HJ. Mohd Yassin di Beijing.

Lawatan sambil belajar selama dua mingu ini akan ditaja sepenuhnya oleh Huawei. ia akan mendedahkan pelajar secara terus kepada dunia industri dan pengalaman bekerja di Beijing, Shanghai serta ibupejabat Huawei di Shenzhen. Program ini dimulakan pada tahun 2008, merupakan program peringkat global Huawei bagi memenuhi tanggunjawab CSR mereka kepada masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri mengulas, program ini penting untuk pelajar Malaysia dengan pendedahan serta pertukaran pengetahuan industri terus kepada pelajar, di samping mempromosi kefahaman dalam ICT serta meningkatkan minat pelajar dalam sektor berkaitan. Sasaran negara untuk mencapai negara maju berkait rapat dengan perkembangan inovasi teknologi yang mana memerlukan pengetahuan mendalam serta kreativiti. Kerjasama industri dan universiti sebegini penting untuk membuka minda pelajar universiti dengan pendedahan terus dari industri. Huawei telah menunjukkan contoh terbaik dalam membantu kerajaan mengasah bakat pelajar dan berharap lebih banyak syarikat mengikut langkah seperti ini.

Huawei telah melatih lebih dari 20,000 jurutera setiap tahun di pusat latihannya di Cyberjaya. Huawei juga bekerjasama dengan MDeC untuk melatih 8,000 guru dan pelajar dan telah membina 8 makmal latihan di unversiti terkemuka di Malaysia. Terbaru, Huawei bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk melatih kebolehan entreprenuer di kalangan pelajar melalui cabaran selama satu semester, untuk menjalankan secara sendiri kedai peranti Huawei di dalam kampus, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Turut sama dalam pelancaran program ini ialah CEO Huawei Technologies Malaysia, Abraham Liu. Beliau menjelaskan, Malaysia merupakan salah satu negara yang paling pesat membangun. Keperluan menyediakan pelajar teknologi dengan peluang hari esok sangat penting. Huawei sering memandang tinggi latihan buat bakal pemimpin ini dengan serius. Pembinaan skill dan kerjasama akadamik adalah strategi kami serta inisiatif komuniti dalam pasaran di mana kami beroperasi. Kami berharap, pelajar mendapat keyakinan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa. Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terutama Kementerian Pendidikan dalam membantu menjayakan projek ini.

Huawei - Seeds for the Future cover

Apa komen anda?