GALAXY Note 4 lebih premium dengan Emas Gangsa

Sejak zaman dahulu lagi, emas merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Turun naik sesuatu tamadun lama banyak berkait dengan emas. Malah, ia menjadi ukuran pangkat dan kemewahan indvidu. Emas masih terus kekal menjadi barangan mewah sehingga zaman moden kini.

Kerana itu, bagi memberikan lebih rasa premium kepada produk utama mereka, Samsung memperkenalkan warna Emas Gangsa (Bronze Gold) bagi telefon pintar terhebat mereka masa kini, iaitu Samsung GALAXY Note 4. Warna yang eksotik dan berkilauan ini ditambah ke dalam senarai warna GALAXY Note 4 yang sedia ada iaitu hitam dan putih.

Telefon Samsung GALAXY Note 4 membawa S-Pen yang terkenal dengan ketepatan dan kejituan menulis atau melakar, di atas skrin. Ia dipertingkatkan lagi kini dengan lebih banyak fungsi dan penggunaan bersama aplikasi lain. Ia turut dilengkapi dengan kamera hadapan yang mampu merakam sehingga 120-darjah selfie bagi memasukkan lebih ramai orang dalam satu gambar.

Skrin 5.7-inci pada GALAXY Note 4 menggunakan paparan Super AMOLED dan kini mempunyai resolusi Quad HD 2560×1440 untuk video dan gambar yang lebih tajam. Malah, ia mempunyai fungsi mengecas pantas, yang memendekkan masa menunggu pengecasan penuh berbanding telefon lain.

Samsung GALAXY Note 4 dengan warna Emas Gangsa yang baru ini boleh didapati di semua kedai Samsung Experience serta pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia pada harga RM2,499. Pembeli turut dapat menikmati pelbagai tawaran menarik melalui GALAXY Gifts yang memberi akses kepada pelbagai kandungan premium dan aplikasi berbayar secara percuma, apabila membeli GALAXY Note 4.

Note 4 Gold - depan dan s-pen Note 4 Gold - kanan Note 4 Gold - belakang

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: