Boleh tempah Blackberry Classic di Celcom sekarang

Blackberry Classic yang telah dilancarkan pada 17 Disember lepas di New York, bakal tiba di Malaysia melalui rakaniaga utama mereka di Malaysia, iaitu syarikat telekomunikasi Celcom. Sebelum ini, Celcom telah mendapat hak eksklusif menjual Blackberry Passport selama sebulan, sebelum ia mula dijual di pasaran terbuka di Malaysia.

(KEMASKINI 31/12/2014 18:30) – Celcom akan melancarkan Blackberry Classic di Malaysia pada 12 Januari 2015. Pelanggan Celcom telah menerima SMS jemputan untuk mendaftar minat bagi mendapatkan Blackberry Classic, beserta pelan Celcom First mereka, secara eksklusif pada 12 Januari 2015 nanti.

Diumumkan di laman tempahan Celcom, ia telah memaparkan harga jualan Blackberry Classic, iaitu RM1588. Mungkin kerana nilai Ringgit Malaysia yang lemah berbanding harga Dolar US kini, meningkatkan sedikit harga Classic. Di Amerika Syarikat, Blackberry Classic dijual pada harga USD449.

Jika pengguna yang berminat mendaftar di laman tempahan Celcom, mereka akan menjadi yang pertama menerima berita terkini pelancaran, plan dan pakej jualan Blackberry Classic bersama pelan Celcom First. Malah, Celcom turut menawarkan telefon Blackberry Classic atau headset Urbanear berharga RM280 secara percuma, jika pengguna menjemput rakan mereka untuk turut sama mendaftar  tempahan di laman ini.

celcom blackberry classic ROI invite friends

Blackberry Classic merupakan peranti pertama Blackberry OS10, yang mengembalikan semula trackpad pada peranti. Ia disasarkan kepada pengguna dan peminat-susah-mati Blackberry Bold untuk beralih kepada ekosistem baru Blackberry OS10. Ikuti laporan kami berkenaan spesifikasi Blackbery Classic semasa pelancarannya di sini.

blackberry-classic-from-bold9900

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: