Symantec meramalkan ancaman siber 2015

Tahun 2014 sudah hampir ke penghujungnya, apabila bulan Disember bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi. Symantec, salah satu syarikat solusi keselamatan komputer terkemuka di dunia, berkongsi bersama pandangan mereka tentang ancaman siber yang bakal muncul pada tahun 2015. Nigel Tan, Pengarah Kejuruteraan Sistem Symantec Malaysia, menerangkan pandangan Symantec tentang permasalahan ini.

Nigel Tan
Nigel Tan

Walaupun ramai pengguna sedar akan ancaman yang kian merebak hasil dari hubungan terus semua peranti ini kepada internet, tetapi tidak ramai yang mengambil langkat proaktif bagi memastikan diri mereka benar-benar dilindungi dari ancaman terbuka ini. Sebagai contoh, terdapat peranti yang memerlukan nama dan kata laluan untuk daftar masuk, dan pengeluar biasanya meletakkan satu nama dan kata laluan default untuk itu. Pengguna biasanya tidak mengambil langkah untuk menukar nama dan kata laluan default ini, menjadikan ia sasaran mudah untuk diakses dari mana-mana jua setelah ia berhubung dengan internet. Mengikut kajian Frost and Sullivan tahun ini, Asia Pasifik dan Jepun (APJ) merupakan pasaran terbesar bagi IoT dan Malaysia dijangka menjadi pasaran IoT yang berkembang paling pesat antara tahun 2014-2017.

Bagi mendedahkan kelemahan IoT ini, Symantec telah membuat satu kajian. Dengan kos sekitar USD75 dan sedikit pengetahuan berkenaan programming, mereka telah berjaya mencipta peranti yang boleh mengimbas maklumat tanpa wayar dari peranti di sekeliling. Dari kajian itu, didapati 20% aplikasi menghantar data dalam bentuk perkataan yang jelas tanpa enkripsi dan 52% aplikasi tidak mempunyai polisi keselamatan peribadi. Malah, didapati setiap aplikasi akan berhubung dengan pelbagai lamanweb, secara puratanya lima lamanweb dan maksima yang ditemui 14 lamanweb. Ini bermakna, data dari peranti IoT akan beredar di lamanweb yang berhubung dengan aplikasi ini.

meet_blackberry_pi wear-activity-tracking-device

Cabaran yang perlu dihadapi dalam masa terdekat ini ialah:

  • Keselamatan, bagaimana mahu memastikan peranti dilindungi
  • Peranti, bagaimana mahu memastikan ia tidak memakan sumber yang berlebihan dan bertindak melebihi keperluan
  • Komunikasi, apa yang berlaku kepada peranti apabila terputus hubungan dan bagaiman memastikan kemaskini boleh diterima semua peranti
  • Data, bagaimana mendapatkan analisa dari data terkumpul dan digunakan, serta cara mengatasi konflik pemilikan data.

Bagi tahun 2015, Symantec menjangkakan serangan akan bertambah pada IoT, dengan fokus pada peranti pintar di rumah. Peranti seperti kamera CCTV, penggera dan lampu akan menjadi sasaran penjenayah. Manakala di internet, walaupun enjin carian akan mengurangkan pendedahan data peribadi, tetapi peranti masih lagi mudah dicari. Dengan penggunaan kata laluan default, masih banyak peranti boleh diakses dengan mudah di internet. Serangan siber ini juga akan mensasarkan serangan bertumpu kepada satu perkara, sepertimana kebocoran gambar selebriti yang berlaku di iCloud.

Symantec menawarkan solusi keselamatan pada semua peringkat dan peranti. Seperti peralatan perubatan, kenderaan, terminal PoS, CCTV dan meter pintar. Kepakaran yang dimiliki Symantec seperti analisa sekuriti masa nyata, kepintaran mengesan ancaman, pengurusan peranti, perlindungan malware, kawalan kemasukan, perlindungan dan pengesanan ancaman, perlindungan identiti, pengesahan identiti serta bermacam lagi.

Tetapi ancaman ini tidak dapat dihapuskan hanya pada sebelah pihak. Pengguna juga harus dididik untuk menjaga keselamatan diri. Antara langkah yang boleh dilaksanakan pengguna seperti mengaudit peranti milik sendiri, mengenal pasti peranti yang berhubung dengan internet, menyediakan aplikasi keselamatan bersesuaian untuk peranti, memahami tetapan keselamatan peranti, peka dengan kemaskini terbaru dari pengeluar untuk peranti dan paling utama yang sering diabaikan, mengubah nama dan kata laluan default pada peranti. Pengeluar juga boleh membantu dengan menghasilkan kata laluan secara rawak, yang boleh diletakkan pada peranti tersebut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: