mApp sedia membina mikro apps WeChat

mApp Multimedia Sdn Bhd, pembangun aplikasi tempatan hari ini secara rasminya menantangani memorandum persefahaman (MoU) dengan gergasi penyedia servis e-commerces dari China, Hang Zhou Yuker Web-Technologies Co Ltd, bagi pembangunan mikro aplikasi di dalam WeChat. Upacara ini diadakan di Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur.‎

Pengarah Urusan mApp Multimedia, Millan Lee bersama Pengarah Teknikal Zhongke Net, Wang Gang mewakili Hang Zhou Yuker, bersama menyempurnakan upacara menandatangan ini.

Wang Gang menyerahkan sijil kepada Millan Lee

Sebagai pembangun berdaftar bagi Hang Zhou Yuker Web-Technologies, mApp Multimedia boleh membina mikro aplikasi interaktif yang menarik pada platform WeChat. WeChat merupakan aplikasi permesejan sosial kedua terbesar di dunia, dengan lebih 330 juta pengguna aktif.

Antara aplikasi yang boleh dibangunkan adalah seperti Micro Mall, Group Buy, M-Membership, M-Appointment, 360-degree panorama visual & M-Interactive. Semua ini dapat membantu pelanggan untuk meningkatkan servis dan keberadaan mereka kepada jumlah pengguna yang besar di WeChat.

mApp - Mobile Voucher mApp - Mobile Invitation mApp - Mobile Order

mApp Multimedia menyediakan 3 pakej untuk dipilih bermula dari VIP1 berharga RM3000 dengan data 500MB, VIP2 dengan data 1GB serta tambahan album gambar, 360-degree panoramic visual & M-Reservation pada harga RM5000, dan VIP3 yang mempunyai semua servis VIP2 dan ditambah M-Shopping. Layari lamanweb www.mApp.my untuk maklumat lanjut.

scan mApp qr code dan ikuti mereka di WeChat

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: