Google Doodle 13 November pamer Mokhtar Dahari

Hari ini, 13 November 2014 merupakan tarikh kelahiran wira bolasepak negeri Selangor dan juga negara Malaysia. Beliau merupakan nama yang paling dikenang rakyat Malaysia setiap kali bercerita tentang bolasepak. Tidak lain dan tidak bukan, beliau adalah Allahyarham Mokhtar Dahari.

Google yang sentiasa meletakkan doodle berkaitan perkara penting pada laman utama enjin cariannya, meletakkan Mokhtar Dahari sebagai doodle pada hari ini, 13 November 2014. Ini merupakan satu penghormatan tinggi kepada bekas pemain bola sepak yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Mokhtar Dahari   Google Search

Allahyarham Dato’ Mohamad Mokhtar Dahari (13 November 1953 – 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

 

[ez_box title=”PENCAPAIAN MOKHTAR DAHARI” color=”orange”]

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

[/ez_box]

 

Walaubagaimanapun, Allahyarham Mokhtar Dahari telah meninggal dunia di usia muda ketika berumur 38 tahun. Menurut dokumentari ‘The Untold Truth About Supermokh’ yang pertama kali disiarkan di ‘The National Geographic Channel’ pada 30 Ogos 2010, beliau menghidap penyakit distrofi otot, yang berkaitan dengan Amyotrophic Lateral Sclerosis’ (ALS). Beliau menhembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Subang (SJMC) pada hari Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.

Segala pencapaian dan kebolehan beliau terus meniti di bibir rakyat Malaysia, biarpun di kalangan bukan penggemar bola sepak. Terima kasih Google di atas penghormatan yang diberikan. Semoga Allahyarham Mokhtar Dahari ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan dirahmati Allah.

SUMBER: WIKIPEDIA 1, WIKIPEDIA 2

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: