CSM-ACE: Rugi RM14.9j akibat penyamaran identiti



 

Cybersecurity Malaysia yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjaya menganjurkan Anugerah, Persidangan dan Pameran Cyber Security Malaysia (CSM-ACE 2014) yang pertama kali dianjurkan di luar Kuala Lumpur.

CSM-ACE mendapatkan sokongan sepenuhnya Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besaryang membawa masuk persidangan keselamatan terbesar bagi Cybersecurity Malaysia itu yang dihadiri kira-kira 1,000 peserta.

Dalam ucapan ketika pembukaan, Menteri MOSTI, Datuk Dr Ewon Ebin mendedahkan sebanyak 587 kes melibatkan kes penyamaran identiti atau impersonation telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia atau PDRM dalam tempoh 5 bulan pertama sahaja pada tahun 2014.

“Dalam tempoh 5 bulan itu saja, kita kerugian RM14.9 juta manakala kegiatan penipuan kad kredit dan phishing pula mengakibatkan kehilangan RM845,000, juga pada tempoh sama,” ucap Dr Ewon Ebin.

YB Datuk Dr. Ewon Ebin - Minister of MOSTI
YB Datuk Dr. Ewon Ebin – Minister of MOSTI

Acara seperti ini selari dengan program transformasi kerajaan Negeri Perak yang mahu mengubah negeri perlombongan perak itu kepada Negeri Berpengetahuan (Knowledge-State) dengan mengimplementasi lima inisiatif pengetahuan iaitu – K-Government, K-Economy, K-Infrastructure & K-Worker, yang mana kesemua ini tidak mampu bergerak ke hadapan tanpa keselamatan siber.

Manakala bagi Dr Amiruddin Abdul Wahab, CEO CSM & Pengerusi WTA pula, CSM-ACE tahun ini akan memfokuskan kepada keselamatan E-Business, termasuk pembinaan modal insan.

Bagi acara Awards (Anugerah) pula, kategori yang dipertandingkan ialah:

  • Professional of The Year
  • Company of The Year
  • Organisation of The Year
  • Education & Training Provider of The Year
  • Outreaach Provider of The Year
  • Project of The Year
  • Cybersafe Ambassador of The Year

Penerima anugerah ini akan diaudit oleh syarikat audit terkemuka, Deloitte. Untuk Pameran (Exhibition) pula, syarikat yang hadir adalah Deloitte, Huawei, Bae Systems, Fortinet, HeiTech, Trend Micro, KPerak & SecureNinja.

SONY DSC

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: